MUHYIDDIN YASSIN KECEWA BUKTI SOKONGAN PAKATAN HARAPAN DI JOHOR HANYA LAUNGAN KOSONG

Posted by Kerah Lekung on Thursday, 1 March 2018

MUHYIDDIN YASSIN KECEWA BUKTI SOKONGAN PAKATAN HARAPAN DI JOHOR HANYA LAUNGAN KOSONG.
Pakatan Harapan semakin hari semakin menampakkan kelemahan mereka dalam pengurusan pentadbiran lebih-lebih lagi di Johor. Pakatan Harapan seolah-olah semakin terhakis dalam fikiran masyarakat.

Ia boleh diibaratkan seperti lilin yang hanya mampu menjadi penerang buat seketika namun sedikit demi sedikit mencair dan akhirnya terpadam begitu sahaja.

Sebelum ini, beria-ia Pakatan Harapan melaungkan slogan reformasi tapi pada hakikatnya ia hanya sekadar laungan semata-mata tanpa ada sebarang tindakan. Kekerapan Pakatan Harapan mengulang-ulang laungan yang sama, lama-kelamaan membuatkan rakyat menjadi semakin bosan dengan Pakatan Harapan.

Perkara yang terjadi seperti ini menjadi salah satu asbab kenapa Pakatan Harapan semakin kehilangan penyokong terutama di Johor. Jika mereka masih mempunyai sokongan yang kuat dari rakyat khususnya rakyat Johor seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini maka buktikanlah kepada semua.

Namun hakikat yang berlaku pada hari ini, Muhyiddin Yassin sendiri mempersoalkan dimana bukti yang mengatakan rakyat bersama-sama dengan Pakatan Harapan?

Ternyata Muhyiddin Yassin sangat kecewa dengan Pakatan Harapan kerana Pakatan Harapan gagal membentangkan kedudukan sebenar sokongan rakyat terhadap parti tersebut.

Hal ini dapat diperkuatkan lagi apabila kebanyakan ceramah yang diadakan oleh Pakatan Harapan hanya dipenuhi dengan kerusi berbanding penyokong. Inikah yang dikatakan Pakatan Harapan mendapat sokongan padu dari rakyat? Bukan rakyat tetapi kerusi semata-mata!

Bagaimana rakyat mahu menyokong Pakatan Harapan sedangkan parti komponen dalam Pakatan Harapan sendiri dilihat tidak mempunyai kerjasama yang jitu, malah semakin celaru dengan hala tuju masing-masing. Tambahan lagi, masing-masing hanya ingin menjatuhkan kerajaan semata-mata ingin menunjukkan siapa yang lebih berkuasa untuk menakluk kerajaan.

Walau bagaimanapun hasil tinjauan oleh Merdeka Centre For Opinion Research menunjukkan 68% daripada 1007 orang responden bersetuju bahawa pentadbiran Johor menghala ke arah yang betul dan hanya 26% tidak bersetuju.

Seterusnya, sentimen positif ke atas YAB Dato Mohamed Khaled Bin Nordin juga tinggi iaitu pada kadar 58% berbanding hanya 17% yang tidak berpuas hati dengan pentadbirannya.

Jadi untuk apa rakyat perlu meletakkan kepercayaan kepada Pakatan Harapan sedangkan Johor sudah mempunyai Menteri Besar yang berkaliber dan bertanggungjawab. Bukan seperti Pakatan Harapan yang hanya pandai menabur janji-janji palsu.

Sudah terbukti sekarang bahawa Pakatan Harapan sebenarnya ditolak oleh majoriti rakyat khususnya rakyat di Johor. Dan ternyata Pakatan Harapan semakin kuat hanya laungan retorik, buktinya Muhyiddin Yassin sendiri kecewa dengan gerakan jentera Pakatan Harapan.

Dhia Hani
Persatuan Pemikir Muda Johor

Sumber asal: MUHYIDDIN YASSIN KECEWA BUKTI SOKONGAN PAKATAN HARAPAN DI JOHOR HANYA LAUNGAN KOSONG

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment