Jho Low Tiada Kaitan Dengan 1MDB, Kapal Yang Ditahan Bukan Duit 1MDB !.
1MDB dah nyatakan ia tak hilang duit. PAC pun sahkan 1MDB tak hilang duit. Yg kata hilang duit ni IPIC. Jadi elok tanya IPIC, ada kaitan tak dgn IPIC. Jika ada, kena tanya DOJ pula, mcm mana DOJ nak pulangkan kpd IPIC.
Caitro Pakatan recycle dokumen saman DoJ yg kononnya ada kaitan dgn 1MDB.
Jho Low Tiada Kaitan Dengan 1MDB, Kapal Yang Ditahan Bukan Duit 1MDB
Bila tidak ada isu dan gagal menjawab isu makanan kuda Mahathir yang mahalnya RM50,000 sebulan, maka pembangkang "recycle" balik lah cerita pasal 1MDB.
Tuduh kapal yang ditahan di Indonesia ada hubung kait dengan kes DOJ di Amerika Syarikat. Sudah dijelaskan beberapa kali sebelum ini bahawa Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB.
Kalau Jho Low beli kapal pun ianya bukan dengan duit 1MDB. Kalau Jho Low pakai duit IPIC, itu antara Jho Low dengan IPIC, bukannya dengan 1MDB.
Kena semak dengan DOJ benarkah kapal Jho Low itu adalah dari duit IPIC. DOJ belum keluar kenyataan tetapi Malaysiakini dan Sinar Harian dah melebih lebih ulas isu ini.
Cerita kapal Jho Low ditahan di Bali ini seakan ulang cerita sama pada Oktober tahun lepas bila kapal Equnimity itu berlabuh di Pulau Weh, utara Acheh.
Datuk Dr Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri menyatakan pada waktu itu bahawa pihak berkuasa Malaysia tidak dimaklumkan apa apa mengenai penahanan itu.
Kali ini pun sama, yang terlebih tahu adalah Malaysiakini.
Selepas itu, pada 23 Oktober 2017, Datuk Dr Zahid menyatakan kes perkaitan Jho Low sudah pun ditutup setelah membuat kajian dan siasatan mendalam dengan pihak interpol.
“Sebelum ia (1MDB) menjadi 1MDB, Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) telah ditubuhkan di mana pemegang sahamnya ialah Kerajaan Terengganu. Pada masa tersebut, Jho Low dilantik sebagai penasihat kepada TIA,” katanya.
Bagaimanapun, Arul berkata, Jho Low telah meletak jawatan pada Mei 2009, sebelum saham TIA diambil alih oleh Kementerian Kewangan dan nama TIA ditukar kepada 1MDB.
"Jho Low tiada sebarang aktiviti di dalam syarikat, beliau tidak dibayar oleh syarikat dan tidak diberikan apa-apa tugas untuk syarikat,” kata Arul Kanda pada 26 Mac 2016.
Dato Seri Haji Ahmad Husni Hanadziah, bekas Menteri Kewangan II dalam temubual dengan RTM1 pada Jun 2015 berkata, Jho Low atau nama sebenar Low Taek Jhow tidak mempunyai sebarang kaitan dengan 1MDB.
“Jadi tidak timbul soal dana hilang dan dibayar kepada Jho Low’ tegas Ahmad Husni.
Secara jelas, nama Jho Low tidak timbul dalam mana-mana aliran tunai. Nama Jho Low hanya disebut oleh sebuah portal berita Sarawak Report tanpa bukti dan fakta
Jika baca balik satu persatu berita kapal dari Bali itu, ayat "copy paste" yang sama ketika kapal itu berada di Acheh digunakan semula. Cara pemberitaan seperti itu hanya untuk mencetuskan semula persepsi tentang 1MDB.
Sumber asal: Jho Low Tiada Kaitan Dengan 1MDB, Kapal Yang Ditahan Bukan Duit 1MDB !
Home » Generasi Pejuang Bangsa » Jho Low Tiada Kaitan Dengan 1MDB, Kapal Yang Ditahan Bukan Duit 1MDB !
Jho Low Tiada Kaitan Dengan 1MDB, Kapal Yang Ditahan Bukan Duit 1MDB !
Posted by Kerah Lekung on Thursday, 1 March 2018
Labels:
Generasi Pejuang Bangsa
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment