Lagi…sentuhan besar kerajaan pusat di negeri Guan Eng

Posted by Kerah Lekung on Friday 2 March 2018

Lagi…sentuhan besar kerajaan pusat di negeri Guan Eng.
Ringkas saja…begitukah suasana majlis dimana Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman buat ‘flag off’ merasmikan Jalan Persekutuan FT006 dari Teluk Kumbar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas pada Isnin lalu.

Beliau bersama sebilangan pimpinan BN negeri cuma kibar bendera pada kenderaan yang lalulalang di situ.

Ia mungkin berlalu begitu saja sebagai satu berita kecil di kaca mata orang luar.Namun bagi orang tempatan ia amat besar ertinya bagi mereka.

Projek sepanjang tiga kilomiter menelan kos RM207.7 juta telah menamatkan penderitaan ratusan ribuan penduduk negeri yang terpaksa lalui kesesakan lalulintas di laluan berkenaan sejak bertahun-tahun lamanya.

Dulunya memang perit untuk lalu jalan itu khususnya pada waktu puncak dan hujung minggu.Boleh kata ia sentiasa sesak panjang dan banyak masa habis sangkut di situ.

Siapnya pembinaan projek jalan penting itu selama kira-kira tiga tahun menandakan satu lagi sentuhan besar kerajaan persekutuan dalam membangunkan negeri yang ditabir oleh pakatan pembangkang yang diterajui DAP ini.

Zainal Abidin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang memberitahu wartawan di majlis itu projek berkenaan akan menjadi pemangkin kepada pembangunan yang lebih intensif di kawasan Teluk Kumbar dan Balik Pulau memandangkan laluan terus yang lebih selesa akan memendekkan tempoh perjalanan antara Bayan Lepas dan Teluk Kumbar.

"Ini adalah keselesaan yang kerajaan boleh beri kepada rakyat walaupun belanjanya cukup tinggi. Jadi, kalau ada kata-kata sebelum ini bahawa kerajaan persekutuan menganaktirikan, tidak ambil peduli Pulau Pinang ini adalah bukti kita menepati janji," katanya.

Zainal Abidin berkata selain itu, ada tiga lagi jalan penyuraian iaitu projek naik taraf Bayan Lepas Expressway yang telah dibuka kepada pengguna, projek naik taraf jalan P10 dan P10 Flyover di Permatang Damar Laut yang masih dalam pembinaan, dengan kos keseluruhan keempat-empat projek berjumlah RM1.27 bilion.

Projek berkenaan antara lain terpaksa mengorbankan yakni meruntuhkan separuh dari pekan Bayan Lepas untuk beri laluan bagi pembinaan jejantas.

Ia juga telah beri wajah baru kepada pekan yang terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dan kawasan sekitarnya.

Semua sentuhan ini menjadi realiti dicelah kerajaan negeri DAP yang sudah mentabir selama hampir dua penggal masih terkial-kial dengan projek terowong laut dari Persiaran Gurney di sebelah pulau ke Butterworth di tanah besar.

Malah ia diselubungi oleh skandal dakwaan rasuah segala macam setelah lebih RM300 juta dibelanjakan untuk proses kajian saja.

Cuba tanya orang Pulau Pinang.Nyata ramai yang masih tidak nampak apa impak besar dari segi pembangunan negeri sejak pakatan pembangkang berkuasa pada pilihanraya umum 2008 lalu.

Sudah nak masuk 10 tahun lamanya.Sebaliknya kalau ke sana kemari apa yang dapat dilihat adalah legasi kerajaan BN dulu termasuk kawasan zon perindustrian bebas Bayan Lepas serta projek persisiran pantai Jelutong yang beri wajah baru kepada negeri ini.

Projek-projek rumah murah dan kos sederhana yang tercacak di sana sini juga yang dulunya dibina oleh kerajaan negeri BN.

Ini bukan cerita dongeng…cuba cari dimana projek besar rumah murah dan kos sederhana yang dibina oleh kerajaan pakatan yang kuat jual ubat semasa kempen pilihanraya konon merekalah ‘ kerajaan berkebajikan’.

Sana sini cuma rumah ‘ mampu lihat’ dibina oleh swasta yang berlumba-lumba nak buat untung.Tak ada RM500,000 keatas jangan mimpi boleh beli rumah di negeri ini khususnya kawasan pulau.

Jangan lupa Lim Guan Eng masih mengidam dengan projek mega nak tambak tanah buat tiga pulau di selatan Pulau Pinang sekalipun terus menerus diprotes oleh nelayan kerana jejas mata  pencarian mereka.

Kalau jadi rumah dan kondo jutaan ringgit kekal akan tercacak di tiga pulau itu.

Orang Pulau Pinang akan terus gigit jari meratapi naluri kebajikan kerajaan pakatan.

Rungutan sama kedengaran berlegar di Selangor ketika Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali berdendang dengan retoriknya.

Kalau dengar Guan Eng-Azmin bercakap di pentas ceramah tidak ada negeri di Malaysia yang paling tip top kecuali Pulau Pinang dan Selangor.

Sumber asal: Lagi…sentuhan besar kerajaan pusat di negeri Guan Eng

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment