KEBIJAKSANAAN DR MAHATHIR DILIHAT SEMAKIN “BERKURANGAN”?

Posted by Kerah Lekung on Tuesday 27 March 2018

KEBIJAKSANAAN DR MAHATHIR DILIHAT SEMAKIN “BERKURANGAN”?.
Kemampuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memegang jawatan tersebut sekali lagi pada usia 93 tahun wajar dipertikai kerana beliau sudah mencapai kemuncak era usianya.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, setiap individu mempunyai kemuncak era tersendiri sebagaimana pemain bola yang rata-ratanya akan bersara apabila mencecah umur 30 tahun ke atas kerana kemampuan mereka sudah mula terbatas.

Dalam kes Dr. Mahathir pula kata beliau, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tersebut mungkin seorang yang bijak, namun kebijaksanaan tersebut akan berkurangan seiring dengan pertambahan usia beliau.

“Bagi kita, kebijaksanan Dr. Mahathir mula turun ketika dia pecat Datuk Seri Anwar Ibrahim (daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri). Itu tanda paling besar kerana selepas pemecatan itu, dia mula buat kesilapan demi kesilapan.

“Lebih-lebih lagi sekarang umur dia sudah 93 tahun,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini hari ini.

Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar turut mengulang kembali hujah beliau sebelum ini yang berpendapat selepas 22 tahun menjadi Perdana Menteri, ‘baggage’ politik Dr. Mahathir terlalu besar untuk dipikul beliau sendiri dan pakatan pembangkang.

“Kita tidak nafi pencapaian dia dalam tempoh 22 tahun tetapi dalam masa sama, banyak masalah timbul dan masalah inilah yang diwarisi UMNO sekarang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Sumber asal: KEBIJAKSANAAN DR MAHATHIR DILIHAT SEMAKIN “BERKURANGAN”?

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment