TUN M JUGA PUNCA AHLI PKR KELUAR PARTI!!!

Posted by Kerah Lekung on Tuesday 27 March 2018

TUN M JUGA PUNCA AHLI PKR KELUAR PARTI!!!.
Memang tak boleh nak dinafikan lagi bahawa masih ada ahli PKR dipelbagai peringkat tidak dapat menerima sikap MUNAFIK yang dipamerkan pucuk pimpinan itu apabila menerima Tun Mahathir.


Walau apa pun alasan dan justifikasi yang cuba dilakukan oleh pucuk pimpinan parti itu, masih ramai dikalangan ahli PKR yang tidak bersetuju secara terbuka dengan tindakan tersebut.


Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila semakin ramai ahli PKR mengambil tindakan keluar parti dengan alasan kecewa terhadap keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan mereka.


Waima Wan Azizah dan anak beranaknya cuba nak jilat balik segala ludah dan kahak yang telah diluahkan selama ini terhadap Tun Mahathir, ianya tidak dapat diterima oleh ahli parti itu.


Hakikatnya, PKR sebelum ini ditubuhkan sebagai sebuah wadah perjuangan peribadi seorang pemimpin yang Gila Kuasa bernama Anwar Ibrahim yang telah dipecat oleh Tun Mahathir.


Mereka yang menjadi pengikut tegar PKR sebelum ini saban hari telah dimomokkan dengan propaganda yang menggambarkan Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin Kejam dan Zalim. Jadi, tak payah la pucuk pimpinan parti tu cuba nak menipu diri mereka sendiri!!!

Sumber asal: TUN M JUGA PUNCA AHLI PKR KELUAR PARTI!!!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment