Curi dana awam: Bini bekas Presiden didakwa

Posted by Kerah Lekung on Thursday, 1 March 2018

Curi dana awam: Bini bekas Presiden didakwa.
Didakwa seleweng dana awam, bekas wanita pertama Honduras ditahan
TMI · Diterbitkan pada 1 Mar 2018 9:20AM
Rosa Elena Bonilla de Lobo, isteri kepada bekas presiden Honduras, Porfirio Lobo dibawa ke mahkamah rasuah di Tegucigalpa, semalam. – Gambar AFP, 1 Mac, 2018

BEKAS wanita pertama Honduras, Rosa Elena Bonilla de Lobo, isteri kepada bekas presiden Porfirio Lobo yang berkhidmat dari 2010 hingga 2014, semalam atas tuduhan menggelapkan jutaan dolar dana awam, semalam, kata pihak berkuasa.

Jurucakap Mahkamah Agung Honduras Melvin Duarter berkata Bonilla, 51, ditahan di rumah pasangan itu di timur ibu kota.

Duarte berkata Bonilla dikaitkan dalam siasatan menunjukkan AS$500,000 (RM1.96 juta) didakwa disalurkan ke dalam akaun peribadinya enam hari sebelum suaminya meletak jawatan sebagai presiden pada 27 Januari, 2014.

Ketua badan anti rasuah, MACCIH ditubuhkan di bawah Pertubuhan Negara Amerika (OAS), Ana Maria Calderon memberitahu sidang media, pejabat bekas wanita pertama itu disyaki menggelapkan sejumlah AS$4 juta (RM15.67 juta) antara 2011 dan 2014.

Calderon berkata AS$170,000 (RM665,961.53) adalah sumbangan dari Taiwan.

Beliau berkata sekurang-kurangnya sembilan kakitangan yang bekerja untuk Bonilla dianggap terbabit dalam dakwaan penyelewengan itu. Dakwaan ke atasnya termasuk menggelapkan dana awam, pengubahan wang haram dan kaitan jenayah.

Majlis Anti rasuah Kebangsaan berkata akaun bank rasmi Bonilla turut menerima sejumlah AS$638,000 (RM2.5 juta) dari agensi negeri untuk kanak-kanak.

Duarte berkata Bonilla akan dihadapkan di mahkamah jenayah menguruskan kes rasuah yang akan memutuskan jika wanita itu dipenjarakan atau tidak. – AFP, 1 Mac, 2018.

* Jadi sekarang tak heranlah perkara mencuri, menyeleweng dan menyalahguna dana awam dilakukan oleh ketua negara atau perdana menteri atau isteri mereka. Yang saya ingat bermula dari Marcos, isterinya ImeldaNicolae CeauČ™escu isterinya Elena. 

Selepas itu banyak lagi.........jeng,jeeng......

Sumber asal: Curi dana awam: Bini bekas Presiden didakwa

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment