Kenapa Dr.Mahathir tak persoal sistem jadikan dia PM selama 22 tahun?

Posted by Kerah Lekung on Friday, 2 February 2018

Kenapa Dr.Mahathir tak persoal sistem jadikan dia PM selama 22 tahun?.
Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu persoalkan sistem pilihan raya yang mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun jika beliau ingin mengungkit semua perkara ketika ini.

Ia susulan tindakan Tun Mahathir sebelum ini yang telah berjumpa dengan Duta Kesatuan Eropah (EU) pada minggu lalu bersama pemimpin pembangkang lain bagi mendapatkan sokongan sekiranya terdapat ketidaktelusan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Tegas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pemimpin veteran itu tidak sepatutnya berjumpa dengan pihak luar untuk mengadu perihal dalaman negara.

Bagaimanapun pada Najib ia bukan perkara aneh kerana Tun Mahathir sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan dirinya.

“Saya tidak anggap ia suatu yang luar biasa tapi ia suatu yang aneh kerana sistem pilihan raya yang sama ini mengangkat Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

“Malah sistem ini diangkat menjadi lebih telus berbanding dahulu,” kata beliau yang juga Presiden UMNO semasa sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi di PWTC hari ini.

Najib juga membuat perbandingan sistem pilihan raya semasa zaman Tun Mahathir dimana beberapa pembaharuan dilakukan seperti agen mengundi, agen pengiraan undi dan dakwat kekal.

“Jadi, peluang nak menipu tidak ada langsung, jadi macam mana boleh kata pilihan raya tidak adil.

“Kenapa 22 tahun (Dr Mahathir) tidak complaint sistem itu, sistem sama yang kita gunakan,” ujarnya lagi.

Minggu lalu, Tun Mahathir bersama pemimpin blok pembangkang, Pakatan Harapan mengadakan pertemuan tertutup dengan wakil duta Kesatuan EU, langkah yang sebelum ini tidak pernah dibenarkan oleh Tun Mahathir semasa pentadbirannya.

Pertemuan itu berlangsung selama dua jam dan pertemuan itu diisi dengan sesi dialog.

Dalam pertemuan itu, Tun Mahathir mendesak Kesatuan EU supaya memberi tekanan kepada kerajaan untuk memastikan PRU14 dijalankan secara bersih dan adil.

Pelbagai pihak mengecam dan membidas Tun Mahathir dan pembangkang yang mengadakan pertemuan tersebut pada ketika Kesatuan EU sudah membuat keputusan untuk memboikot kepala sawit negara yang merupakan sumber pendapatan utama kepada ekonomi negara.

Sumber asal: Kenapa Dr.Mahathir tak persoal sistem jadikan dia PM selama 22 tahun?

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment