Pengakuan Rakyat Malaysia! - Sebab Kenapa Tidak Pilih Pakatan Dan Mahathir!.
Sememangnya lumrah dalam berpolitik, wujud fikrah ideologi yang menyebabkan pecahan kelompok di kalangan rakyat. Parti politik wujud mengikut keperluan dan kehendak perjuangan kumpulan dan selalunya etnik tertentu. Contoh mudah kita dapat lihat di negara kita sendiri.
UMNO lahir untuk memastikan orang Melayu bersatu, merdeka dan dapat memerintah sendiri negara. Kemudian lahir pula Pas yang berpecah dari UMNO kerana ideologi agama. DAP pula lahir hasil usaha PAP Singapura yang mahu meluaskan konsep perjuangan Malaysian Malaysia. Sementara Gerakan pula lahir kerana perbezaan perjuangan dengan MCA. Begitu jugalah PKR, Bersatu yang wujud kerana pergolakan dalaman UMNO. PAN muncul akibat perpecahan PAS yang mungkin dicetus oleh DAP-PKR.
Walaupun tampak ringkas, tetapi inilah hakikatnya senario perpecahan ideologi di kalangan rakyat Malaysia ketika ini. Dan apa yang lebih menyedihkan, lebih banyak parti politik kecil di kalangan orang melayu berbanding bangsa lain. Dalam erti kata lain, kadar perpecahan orang melayu kerana politik lebih tinggi berbanding kaum lain.
Persoalannya perlukah wujud perpecahan seperti ini di negara kita? Adakah demokrasi akan lebih baik dengan wujud banyak parti politik? Jawapannya adalah ya dan tidak.
Ya jika parti politik alternatif yang lahir adalah untuk menyaingi secara value added kepada parti politik sedia ada, dan bukan sekadar menjadi pembangkang sepanjang masa. Mereka wujud bagi memberikan pilihan yang lebih baik kepada rakyat yang akhirnya menzahirkan persaingan sihat di kalangan parti-parti politik. Masing-masing berlumba untuk memberikan yang terbaik di kalangan rakyat.
Namun keadaan adalah sebaliknya jika parti politik baru yang wujud adalah kerana pertelagahan dalaman parti politik lama, rasa tidak puas hati, gagal mendapatkan jawatan dan projek. Kewujudan parti politik seumpama ini bukan sahaja melahirkan lebih banyak pertelingkahan di kalangan rakyat, bahkan memberikan impak negatif terhadap perkembangan proses pembangunan demokrasi itu sendiri. Perkara ini berlaku kerana rakyat diheret sama ke kancah pertelingkahan di kalangan pemimpin politik yang bemusuhan, yang tidak mempunyai sebarang visi untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat, tetapi hanya bermatlamatkan untuk menjatuhkan satu sama lain.
Oleh kerana itulah lahirnya slogan dan janji pilihanraya seperti memenjarakan pihak lawan jika menang pilihanraya dan menghapuskan dasar lama sekiranya diberi peluang memerintah walaupun dasar tersebut telah terbukti baik kepada rakyat dan negara. Dan perjuangan politik seumpama ini yang akhirnya membawa kepada pertelingkahan politik sempit di kalangan rakyat bawahan yang seterusnya membawa kepada kejumudan dalam ideologi dan pandangan politik.
Dalam jangka masa yang panjang lebih ramai rakyat akan bersikap tidak berfikir panjang dan matang dalam membuat keputusan politik. Pertimbangan mereka dipengaruhi oleh dakyah parti-parti politik yang mereka dukungi. Mereka diajar untuk melawan dan menolak apa sahaja yang datang dari pihak lawan walaupun baik. Lebih buruk mereka turut diajar untuk mengambil perkara baik dari pihak lawan dan mengamalkan sikap tidak berterima kasih.
Yang untungnya adalah ahli politik itu sendiri. Bukan sahaja mereka boleh terus berkuasa walaupun setelah membuat haluan sendiri, bahkan mereka turut terus menikmati segala keistimewaan dan kemewahan dari hasil rakyat dan pembangunan negara. Jadi apa yang rakyat biasa dapat selepas itu?
Rm100 setahun? Pergi klinik percuma tetapi tertakluk kepada had bil perubatan tertentu? Atau baucar beli belah untuk ibu atau warga tua bernilai rm100 setahun? Adakah ini yang sebenarnya rakyat mahukan sedangkan tiada lagi usaha konkrit untuk menangani peningkatan kos hidup mereka (malah cukai hartanah semakin dinaikkan saban tahun).
Apabila ada yang mula bersuara, maka kesalahan diletakkan kembali kepada pihak lawan. Mudah. Maka berbondong-bondonglah rakyat yang jumud tadi (yang tidak pasti pun kenapa perlu benci parti politik asal) mempertahankan kerajaan dan parti politik mereka. Pada mereka pentadbiran pimpinan parti politik yang mereka sokong tidak pernah berdosa, hanya pihak lawan yang bersalah.
Yang sudah sepuluh tahun gagal menyediakan infra dan pembangunan yang baik kepada rakyat dipertahankan, sedangkan kebaikan pihak lawan yang berjaya menyediakan kemudahan pengangkutan seluruh negeri pula dinafikan, walaupun mereka tidak lagi menguasai pentadbiran negeri. Pendek kata, biarlah tunggang terbalik negeri sendiri, asalkkan parti musuh terus kalah.
Sebab itu jugalah, rakyat Selangor rela merempat menumpang di stadium pasukan lawan dari menekan kerajaan negeri mereka sendiri untuk mengembalikan hak penggunaan stadium sendiri. Pada mereka biarlah pasukan mereka yang gah satu masa dahulu menumpang ehsan orang lain asalkan kepimpinan kerajaan negeri tidak tunduk kepada musuh politik mereka dalam persatuan.
Bodoh bukan? Oleh kerana itulah selagi mana kepimpinan pakatan harapan tidak mampu untuk menyediakan alternatif yang lebih baik kepada saya sebagai rakyat Malaysia, dan hanya berpaksikan janji ubah yang sangat abstrak, maka selagi itulah mereka selamanya tidak akan mendapat undi dari saya.
Dan saya pasti ramai rakyat Malaysia lebih bijak dalam membuat penilaian dan tidak hanya memilih berdasarkan emosi semata-mata. Takkanlah kita ini terlalu dungu sehingga sekelip mata boleh berubah menjadi jumud kepada pemimpin politik yang satu ketika dahulu kita pernah firaun-kan bukan?
Sumber : Rationale Malaysian
K7L : Mana yang undi pembangkang dekat Selangor akan rasa pedih bila baca..
Sumber asal: Pengakuan Rakyat Malaysia! - Sebab Kenapa Tidak Pilih Pakatan Dan Mahathir!
Home » Keris Tujuh Lok » Pengakuan Rakyat Malaysia! - Sebab Kenapa Tidak Pilih Pakatan Dan Mahathir!
Pengakuan Rakyat Malaysia! - Sebab Kenapa Tidak Pilih Pakatan Dan Mahathir!
Posted by Kerah Lekung on Friday, 2 February 2018
Labels:
Keris Tujuh Lok
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment