ANWAR IBRAHIM MANGSA WAYANG HINDUSTAN

Posted by Kerah Lekung on Monday, 26 February 2018

ANWAR IBRAHIM MANGSA WAYANG HINDUSTAN.

1. Anwar Ibrahim kembali menjadi mangsa politik machiavelli. Pada tahun 2008, Anwar mempunyai sebab yang sangat hampir untuk mengambilalih Kerajaan Persekutuan, namun tidak berjaya kerana 30 ahli parlimen BN yang mereka harapkan melompat tidak berjaya. Tun M ketika itu tidak pun memperdulikan Anwar malah masih mencerca Anwar sebagai orang yang tidak layak menjadi PM kerana isu sodomis.

2. Pada tahun 2013, Anwar sekali lagi berpeluang menjadi PM selepas menambah kemenangan daripada 82 kepada 89 tetapi terhalang oleh rekonsiliasi dengan pemimpin besar negara jiran. Tun M ketika itu serupa jUga tidak memandangpun Anwar malah masih mengeji Anwar dengan tuduhan sodomis yang tidak layak memimpin negara katanya.
3. Kali ini, belum pun PRU14 Anwar sudah pun dihalang atau terhalang menjadi PM apabila Tun M sekali lagi meletakkan dirinya sekurang2nya dua tahun memegang PM seandainya mereka menang. Beitulah cara kuno politik machiavelli, kali ini untuk menghalang Anwar jadi PM kena masuk ke dalam kem Anwar.
4. Berdasarkan sejarah politiking Tun M merosakkan reputasi Tunku Abdul Rahman, Pak Lah, Anwar Ibrahim, Tun Musa dan sekarang ini DS Najib, saya tidak ada keyakinan Tun M akan menyerahkan kuasa kepada Anwar. Saya juga tidak ada kepercayaan Tun M akan berhenti selepas dua tahun. Jika Tun M mahu melakukannya, ia sudah dilakukannya pada PRU12 dan PRU13. Hari ini adalah wayang Hindustan sahaja.
5. Dalam minda Tun M ialah bagaimana untuk menempatkan Mukhriz di kedudukan selamat sebagai Perdana Menteri. Bukannya TS Muhyiddin, jauh sekali DS Shafie Apdal. Kita kena faham dunia global dan Malaysia hari ini sudah jauh berubah. Tun M sangat cemerlang dengan method pemerintahannya selama 22 tahun, tetapi cara 22 tahun itu tidak lagi sesuai pada hari ini. Hari ini rakyat tidak boleh ditakut-takutkan dengan pelbagai ancaman seperti ISA, hari ini rakyat menikmati demokrasi yang sihat di Malaysia. Tidak perlu lagi takut bercakap hak-hak Sabahan dan Sarawakian misalannya, jika dulu anda akan disumbat di dalam penjara ISA.
6. Perhatikan bagaimana Tun M menekan DS Najib supaya melantik Mukhriz menjadi MB Kedah. DS Najib seorang yang baik dan tidak lupa daratan, tanpa ditekan pun Mukhriz tetap dilantik sebagai MB Kedah. Sebenarnya, Mukhriz tidak boleh maju ke hadapan dengan membawa method Tun M, sebab itu Mukhriz tidak dapat mengatasi Khairy Jamaluddin dalam pertandingan Pemuda UMNO. Mukhriz tidak boleh melangkah jauh secara berseorangan.
7. Oleh itu, PRU14 adalah masa yang paling sesuai untuk menyelamatkan politik Mukhriz. Jika menunggu PRU15 pada tahun 2023, Mukhriz sudah hilang kekuatan dan legasi Tun M akan hilang dalam arus politik negara.
8. Mahu tidak mahu, PRU14 adalah antara hidup dan mati legasi Tun M kepada Mukhriz. Maka mereka terpaksa berkawanan dengan musuh-musuh politik 30 tahun mereka. DAP yang dicemuh kini pura-pura disayangi, PKR yang dibenci kini bertebal muka menunjuk simpati. Prinsip perjuangan digadai. Tidaklah menghairankan suatu hari nanti Tun M akan mencemuh semula DAP dan PKR. Tidaklah menghairankan suatu hari nanti Tun M akan menyertai semula UMNO. Siapa yang dikontang kanting, rakyatlah yang diheret ke sana ke mari. Sebab itu rakyat lebih baik kekal bersama kerajaan berbanding disorong ke sana ke mari.
9. Sedarilah, mereka semua sudah kaya dan raya, malah keluarga mereka beberapa kali Top Ten terkaya di Malaysia. Sedangkan kita apabila sakit memerlukan khidmat hospital kerajaan, apabila sekolah memilih sekolah kerajaan yang murah dan sebagainya.
10. Marilah kita bersama Kerajaan. Kita tidak membenci Tun M, kita mahu rakyat sedar Tun M sedang melakukan kesilapan besar. Hanya rakyat boleh menyedarkan semula kesilapan besar itu.
11. Janganlah memperjudikan nasib masa hadapan kita dengan menyokong wayang Hindustan,lakonan individu-individu yang semakin pelik dan menjual prinsip perjuangan semata-mata bimbang legasi berkubur. Bagi kita rakyat marhaen, legasi yang paling penting ialah legasi rakyat jelata.
Airasia KK-Kl,

Sumber asal: ANWAR IBRAHIM MANGSA WAYANG HINDUSTAN

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment