Syukur kepada tuhan tanda terima kasih BN, kata Zahid

Posted by Kerah Lekung on Monday, 26 February 2018

Syukur kepada tuhan tanda terima kasih BN, kata Zahid.
Rakyat Kelantan perlu bersyukur kepada tuhan kerana kerajaan BN tidak pernah mengabaikan negeri itu sekalipun diperintah oleh pembangkang sejak 1990.

Menegaskan perkara itu,Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut mengingatkan rakyat Kelantan supaya berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan.

Katanya, banyak peruntukan disalurkan kepada rakyat negeri itu melalui pimpinan BN negeri sejak zaman Tun Abdullah Ahmad Badwi menjadi perdana menteri sehingga ke era Datuk Seri Najib Razak.

“Tidak namanya bersyukur kepada Allah jika tidak berterima kasih kepada yang memberi. Dan yang mencari peruntukan untuk diberi, tidak namanya bersyukur kepada Allah.

“Saya ingin mengingatkan diri saya dan hadirin cukuplah 28 tahun Allah memberi peluang dan amanah kepada PAS.

“Jadi kita kena ambil alih semula Kelantan di bawah UMNO dan BN,” katanya ketika berucap di Program Sepetang Bersama Rakyat di Tendong, Pasir Mas, hari ini.

Sementara itu, Zahid berkata sebaik parlimen dibubarkan, rakyat bebas memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) mengikut prinsip demokrasi.

Bagaimanapun beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN mengingatkan rakyat Kelantan memilih parti yang dapat menjamin masa depan mereka.

“Rakyat harus memilih kepada mereka yang memberi,” tegas Zahid.

Sumber asal: Syukur kepada tuhan tanda terima kasih BN, kata Zahid

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment