Isu agihan kerusi DUN sesama parti komponen Pakatan di Selangor yang sepatutnya dimuktamadkan hari ini masih belum berjaya diselesaikan yang disahkan oleh Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya PH Selangor.
Perkembangan itu mencetuskan persoalan adakah Majlis Presiden PH (MPPH) akan mengambil alih rundingan agihan kerusi di negeri berkenaan memandangkan badan tertinggi gabungan empat parti itu minggu lalu berkata akan campur tangan jika ia gagal diselesaikan sehingga hari ini.
Sebelum ini, rundingan kerusi PH di Selangor yang dipengerusikan Azmin Ali masih gagal dimuktamadkan, ekoran terdapat pertindihan tuntutan kerusi antara PPBM dan PKR berhubung 12 kerusi dimenangi Barisan Nasional (BN).
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR sebelum ini menyatakan keyakinannya bahawa PH negeri itu akan mencapai kata sepakat bersabit soal agihan kerusi DUN tanpa perlu membawa perkara berkenaan ke peringkat Majlis Presiden.
Rundingan pengagihan kerusi DUN di Selangor sepatutnya telah diselesaikan pada 31 Januari lepas, namun dilanjutkan kepada 7 Februari berikutan gagal mendapat kata sepakat.
Mengulas lanjut Xavier cuba menyindir pihak media yang didakwa begitu ingin tahu perkembangan agihan kerusi di Selangor walhal rundingan seumpamanya di negeri lain belum juga disepakati.
"Kenapa media berminat sangat dengan kerusi di Selangor? BN juga masih belum selesai. Lepas selesai kita akan bagitahu dunia," katanya sambil menyindir pihak media.
Jumaat lalu, Pakatan Haprak Pulau Pinang menyerahkan kepada MPPH untuk menyelesaikan tuntutan bertindan enam kerusi membabitkan PKR, PAN dan PPBM. Manakala DAPigs tidak terlibat kerana kepada parti itu, status quonya kekal.
Sumber asal: AGIHAN KERUSI SELANGOR MASIH GAGAL!!!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment