Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad didakwa mula sedar bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah sebuah parti yang gagal sehingga beliau dikatakan merancang untuk bertanding di bawah tiket DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, Dr. Mahathir sebagai seorang yang bijak mengambil peluang tidak akan membiarkan survival politiknya terhenti hanya disebabkan PPBM tidak mendapat sambutan dalam kalangan orang Melayu.
“PPBM adalah sebuah parti yang gagal, Dr. Mahathir hanya mencari sebab dan punca untuk mengabaikan parti yang diasaskannya untuk melompat kepada DAP.
“Dr. Mahathir telah mempunyai alasan yang kukuh untuk bertanding di bawah tiket DAP dan dia pastinya akan menyalahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang menjadi punca kepada tindakannya itu,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mahu Dr. Mahathir dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz memberi penjelasan sama ada dakwaan yang menyatakan mereka merancang untuk bertanding atas tiket DAP dalam PRU-14 adalah benar atau sebaliknya.
Mohd. Puad yang membangkitkan persoalan itu selepas timbul dakwaan bahawa PPBM yang baharu berusia setahun jagung gagal mendapat sambutan dalam kalangan orang Melayu khususnya di kawasan yang mahu ditandingi dua beranak berkenaan.
Menurut Tunku Abdul Aziz, Dr. Mahathir tahu beliau terpaksa merendahkan egonya untuk bekerjasama dengan DAP menerusi perjanjian rahsia bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang bagi menumpang undi kaum Cina yang menyokong parti tersebut.
“Dr. Mahathir telah kehilangan undi kaum Melayu dan dia terpaksa bergabung dengan DAP demi kepentingan politiknya,” katanya.
Tambah Tunku Abdul Aziz, Dr. Mahathir juga bakal mengabaikan pengikut setianya di dalam PPBM dan mendapatkan perlindungan daripada DAP untuk meneruskan kesinambungan politiknya di negara ini.

Sumber asal: DR M SEDAR PPBM PARTI GAGAL
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment