Semua petanda tunjuk sokongan Cina kembali kepada BN

Posted by Kerah Lekung on Tuesday 27 February 2018

Semua petanda tunjuk sokongan Cina kembali kepada BN.
Semua petanda menampakkan bahawa sokongan pengundi Cina di Kuala Lumpur mula kembali kepada MCA kerana selepas 10 tahun berada di bawah DAP, kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai

Menurut beliau gelombang sokongan pengundi Cina itu jelas kelihatan selepas mereka sedar tiada keberhasilan serta perkembangan yang ditunjukkan sepanjang dua penggal menyokong DAP.

Malah beliau yakin sokongan tersebut dapat diterjemahkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Sudah dua penggal mereka menang tetapi DAP gagal membuat sebarang perubahan manakala MCA pula terus gigih berusaha untuk menarik sokongan daripada rakyat.

“Semasa saya bertemu dengan rakyat di peringkat akar umbi, mereka memberi komitmen bahawa kali ini sokongan mereka adalah untuk Barisan Nasional.

“Kita dapat lihat pada suasana di sini, moodnya telah ada, sokongan semakin jelas malah komitmen juga telah diberikan kepada kami,” katanya.

Tiong Lai bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2018 peringkat Wilayah Persekutuan dan Bahagian Tun Razak hari ini.

Sambutan perayaan itu dimeriahkan lebih 3,000 penduduk sekitar kawasan berkenaan yang turut disertai kaum Melayu dan India, mencerminkan semangat bersatu di kalangan rakyat di negara ini.

Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan berkata, MCA gigih meraih kembali kepercayaan rak­yat agar dapat bersama-sama memberi fokus terhadap agenda transformasi Kuala Lumpur menjadi 'Greater KL' untuk pembangunan ekonomi dan kemajuan negara.

“Dalam ucapan saya tadi saya ajak orang ramai dan semua penduduk agar beri kekuatan kepada MCA untuk kemajuan yang lebih pesat. MCA dalam pentadbiran negara yang mempunyai kuasa dan resources lebih besar.

“Sebab itu saya ajak kaum Cina memberi sokongan padu agar kita dalam kerajaan dapat guna sumber-sumber yang ada bagi membantu mereka semula. Kalau undi DAP maknanya rakyat letak kuasa mereka (sebagai pengundi) kepada yang luar daripada 'corridor of power',” jelasnya.

Sumber asal: Semua petanda tunjuk sokongan Cina kembali kepada BN

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment