Kata kasar: Nazri di bidas Tan Sri Lee Kim Yew

Posted by Kerah Lekung on Tuesday, 27 February 2018

Kata kasar: Nazri di bidas Tan Sri Lee Kim Yew.
'YB tidak YB, tetapi kasar, banyak kasar'
 mk      Hari ini, 12:20 pm
Pengasas dan pemegang saham utama Country Heights Holdings Bhd, Tan Sri Lee Kim Yew, menyelar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berhubung bidasannya terhadap jutaan Tan Sri Robert Kuok.

Dalam surat terbuka hari ini, yang ditulis dalam bahasa Cina dengan kurang sepuluh patah perkataan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, Lee berkata beliau terpanggil untuk bersuara kerana apa yang diluahkan oleh Nazri adalah sesuatu yang kasar.


"Tujuan saya menulis surat terbuka ini, pertama, adalah (untuk menegaskan) bahawa kamu sebagai seorang menteri, melakukan tindakan yang kasar.

"YB tidak YB, tetapi kasar, banyak kasar,” tulis Lee.

Lee berkata Nazri, sebagai menteri, dibayar oleh wang pembayar cukai dan menikmati banyak faedah - elaun perjalanan, pembantu dan pembiayaan kerajaan.

"Tentunya, sebahagian kecil dari wang itu adalah dari Kumpulan Kuok," tulis Lee.

Lee berkata Nazri dan konco-konco Umno tidak sepatutnya berfikiran bahawa negara ini milik mereka.

"Mungkin kamu menikmati penggal terlalu lama (dalam kabinet), usaha perniagaan yang tidak memerlukan modal.

"Kamu lupa bahawa kamu perlu mengimbangi apa yang kamu terima dan apa yang kamu perlu berikan kembali.

"Kamu sudah lupa apa itu demokrasi, dan percaya bahawa negara ini nilik parti," katanya.

Akhir-akhir ini, Kuok telah menjadi tumpuan bidasan oleh pemimpin Umno berhubung satu artikel di blog Malaysia Today yang menuduh jutawan itu menaja parti pembangkang.

Ahad lalu, Perdana Menteri Datruk Seri Najib Razak berkata Kuok harus bersyukur kerana dasar BN membantu menjadikannya kaya.

Berikutan itu, para pemimpin Umno, termasuk Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, terus membidasnya.

Walau bagaimanapun, bidasan paling kasar datang daripada Nazri, yang mencabar Kuok bertanding pada pilihan raya umum akan datang dan menggesa lelaki paling kaya di negara ini agar tidak menjadi 'pondan' dan 'ayam betina' kerana berselindung di Hong Kong dan memberi dana kepada DAP.

Semalam, pejabat Kuok mengeluarkan kenyataan yang menafikan dakwaan bahawa beliau membiayai pembangkang dan portal The Malaysian Insight dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan BN.

Sumber asal: Kata kasar: Nazri di bidas Tan Sri Lee Kim Yew

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment