Bulan Julai 2011, ketika himpunan Bersih 2 diadakan di Kuala Lumpur, N. Surendran, peguam Anwar Ibrahim mengadu pada Malaysiakini bahawa Anwar berdarah di kepala dan cedera di lutut. Kononnya dikasari semasa berada di KL Central.
Selepas itu, bila masuk wad, Anwar Ibrahim ambil gambar kononnya teruk sangat cederanya. Balut tengkuk sambil pakai baju Bersih atas katil hospital. Kata berdarah di kepala dan lutut, kenapa tengkuk yang kena balut?
Ini bukti jelas, Anwar Ibrahim hanya berbohong semata mata pada waktu itu. Drama sakit tengkuk yang sama ketika dipapah oleh Azmin Ali pada tahun 1998 dulu. Hingga satu video mengkantoikan bahawa Anwar tidak sakit dan sempat lagi menari nari dalam video tersebut.
Kini, lakonan balut tengkuk diguna balik oleh Azmin. Drama yang sama mahu diulang oleh Azmin untuk raih simpati rakyat di Selangor. Isu tanah Ijok bernilai RM1.18 juta masih belum dijawab, datang pula cerita Azmin sakit pinggang.
25 Februari 2018, Teng Chang Kim, Exco DAP Kerajaan Negeri Selangor ketika majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina peringkat Selangor di Petaling Jaya berkata Azmin Ali tidak dapat hadir program tersebut kerana menghadapi masalah ‘annular disc tear’.
“Atas nasihat tegas doktor, beliau dikehendaki menjalani rawatan di hospital termasuk prosedur fisioterapi intensif untuk satu tempoh yang secukupnya,” kata Teng.
Menurut Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor Yin Shao Loong, Azmin cedera ketika sedang membersihkan rumah dan menyusun semula perabot di rumahnya.
Pelik sangat cara kecederaan itu berlaku. Masa sedang buat “projek aiskrim” selama 45 minit dalam tandas boleh pula tidak sakit.
Kata seminggu sakit dan kena jalani rawatan fisioterapi, tiba tiba hari ini Azmin muncul dengan gambar memakai “neck collar”. Kata sakit pinggang, kenapa tengkuk yang kena balut? Ini lawak.
Balut tengkuk dan sakit pinggang ini adalah skrip drama pemimpin pembangkang yang diulang ulang untuk raih simpati rakyat sahaja. Mat Sabu pernah tiru drama ini, balut tengkuk dan duduk sekejap atas kerusi roda selepas Bersih 2.
Bagi budak budak berhingus macam Syed Saddiq dan geng geng Armada PPBM mereka mudah terpesona dengan lakonan hebat ini. Mudah hendak kena tipu.
Rakyat Selangor kena tolak lakonan Azmin yang menjijikkan ini. Ketika pakatan pembangkang di Selangor dalam krisis dan bergaduh kerana berebut kerusi. Ketika banyak isu dan skandal dalam kerajaan Selangor dibongkar.
Ketika itulah datang semula lakonan balut tengkuk meminta simpati dari Azmin Ali. Jangan jangan selepas ini, Azmin juga mahu terbang ke Jerman untuk buat rawatan sakit pinggang.
Ini semua wayang sahaja. Sandiwara dan drama pemimpin pembangkang. Jawab dulu skandal tanah Ijok, berhentilah berlakon balut tengkuk.

Sumber asal: BALUT TENGKUK : DRAMA PEMBANGKANG UNTUK RAIH SIMPATI & TIPU RAKYAT
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment