Kenyataan Media Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow, 30 Jan. 2018
Ini skandalnya! Berdasarkan angka-angka yang diperolehi daripada Kerajaan Negeri DAP, dan pengiraan kami mendapati bahawa seolah-olah RM113 juta nampaknya tidak dapat dipertanggungjawabkan dalam pertukaran tanah sebagai bayaran untuk kajian 3 lebuhraya.
Kerajaan Negeri DAP dan Ketua Menteri memberitahu rakyat Pulau Pinang bahawa pertukaran tanah sebagai pembayaran itu menilaikan tanah yang ditukar pada RM1300 sekaki persegi. Ia adalah lebih tinggi daripada nilai harga yang dinilaikan oleh Jabatan Penilaian.
Kenyataan ini dikeluarkan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada 11 Jan. 2018. Angka RM 1300 setiap kaki persegi juga dinyatakan dalam Laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negeri Pulau Pinang.
Pada masa itu, Lim Guan Eng berkata 2 lot tanah dengan jumlah saiz 3.67 ekar telah diberikan kepada syarikat itu.
Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bercanggah dengan jawapan ahli Exco Lim Hock Seng kepada Dewan Undangan Negeri, yang menyatakan bahawa kerajaan negeri telah memberikan 2 lot tanah berukuran 5.67 ekar kepada syarikat itu.
Sebenarnya, jawapan Lim Hock Seng kepada Dewan adalah jawapan rasmi kerana beliau menjawab bagi pihak Ketua Menteri, seperti yang ditetapkan dalam Peraturan-peraturan Dewan Undangan Negeri.
Kerajaan Negeri DAP dalam jawapan mereka kepada Dewan Undangan Negeri pada 19 Mei 2017 menyatakan bahawa 2 bidang tanah di Lot 702 dan sebahagian daripada Lot 713 telah diberikan kepada syarikat itu setelah kajian untuk 3 lebuh raya tersebut selesai. Keluasan bagi lot 702 adalah sebanyak 3.67 ekar dan lot 713 adalah 2 ekar. Lot 702 bernilai RM135 juta manakala Lot 713 bernilai RM73 juta, menjadikan jumlahnya RM208 juta.
Dengan pengiraan mudah, kami mendedahkan bahawa sebanyak RM113 juta tidak dapat dipertanggungjawabkan. Untuk rekod, 1 ekar bersamaan dengan 43,560 kaki persegi (sf). Pengiraan adalah seperti berikut:
3.67 ekar X 43,560 sf = 159,865.2sf
159,865.2sf X RM1300 psf = RM207,824,760
3.67 ekar X 43,560 sf = 159,865.2sf
159,865.2sf X RM1300 psf = RM207,824,760
2 ekar X 43,560 = 87,120sf
87,120sf X RM1300 = RM 113,256,000
87,120sf X RM1300 = RM 113,256,000
Jumlah nilai bagi 5.67 ekar (3.67 ekar + 2 ekar) tanah adalah RM321,080,760.
RM321,080,760 - RM208,000,000 (angka yang dibekalkan oleh Kerajaan Negeri DAP) = RM113,080,760
RM321,080,760 - RM208,000,000 (angka yang dibekalkan oleh Kerajaan Negeri DAP) = RM113,080,760
Kesemua tanah itu dipindah milik kepada syarikat pada tahun 2015 dan 2017. Lot 702 dipindah milik pada 17 Februari 2015, iaitu 3 bulan sebelum kajian selesai pada Mei 2015 seperti yang dinyatakan dalam jawapan kepada Dewan Undangan Negeri.
Ini adalah satu tindakan berunsur skandal di mana tanah dipindah milik 3 bulan sebelum kerja kajian tamat. Dalam erti kata lain, nampaknya pembayaran lebihan sebanyak RM113 juta telah dibuat sebelum kerja selesai.
Maka, adalah wajar untuk kami percaya kesemua jawapan yang diberi Kerajaan Negeri DAP selama ini adalah tidak boleh dipercayai langsung!
Sumber asal: BN P.PINANG PERSOAL JAWAPAN GUAN ENG TERHADAP BAYARAN TERHADAP LOT TANAH
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment