Adakah kerana RPK semua naik gila dan Robert Kuok pertimbang saman

Posted by Kerah Lekung on Monday, 26 February 2018

Adakah kerana RPK semua naik gila dan Robert Kuok pertimbang saman.
Robert Kuok pertimbang saman Raja Petra
TMI · Diterbitkan pada 26 Feb 2018 8:04PM
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya, Robert Kuok mengambil serius tuduhan palsu yang dibuat oleh blogger Malaysia Today Raja Petra Kamarudin melalui tiga artikel yang diterbitkan dalam blognya antara 21 dan 23 Februari. – Gambar Forbes.com, 26 Februari, 2018

TAIKUN Malaysia, Robert Kuok sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger Malaysia Today Raja Petra Kamarudin kerana menuduhnya cuba mengguling kerajaan Perdana Menteri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dalam satu kenyataan hari ini, pejabat jutawan itu berkata Raja Petra telah membuat tuduhan palsu terhadap Kuok melalui tiga artikel yang diterbitkan dalam blognya antara 21 dan 23 Februari.

"Encik Robert Kuok mengambil serius tuduhan tidak berasas ini, dan berhak untuk mengambil segala tindakan yang perlu terhadap Malaysia Today dan penulisnya bagi menangani tuduhan palsu yang terkandung di dalam artikel-artikel itu," menurut kenyataan pejabat Kuok.

Kuok membuat kekayaan dengan mengimport gula ke Malaysia, mengubah perniagaan itu menjadi sebuah empayar berpangakalan di Hong Kong yang merangkumi komoditi dan hotel.

"Kuok menyangkal dan dengan tegas menafikan dakwaan palsu yang terkandung dalam artikel "Malaysian Insight Funder Fingered" pada 21 Februari; "Robert Kuok Wants Chinese Rule in Malaysia" pada 21 Februari dan "Robert Kuok’s Last Chance at Changing the Government" pada 23 Februari.

Pejabat Kuok berkata antara dakwaan palsu dalam artikel-artikel berkenaan termasuk beliau membiaya The Malaysian Insight dan pelbagai parti politik yang tujuannya untuk menggulingkan kerajaan Malaysia sekarang.

"Tuduhan-tuduhan ini tidak benar, dan Robert Kuok menafikan sepenuhnya," kata kenyataan itu. – 26 Februari, 2018.

* Raja Petra Kamarudin sengaja cari penyakit. Menggelupurlah kamu kalau betul-betul  Robert Kuok saman kamu. Sebab dengan kedudukannya nilai samannya bukan RM2.00 

Betapa gilanya serangan pada Robert Kuok
The Malaysian Insight - Diterbitkan pada 26 Feb 2018 8:21PM
Jutawan Robert Kuok didakwa berminat untuk menentukan keputusan pilihan raya akan datang dan turut didakwa membiaya musuh Barisan Nasional (BN), termasuk DAP. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Februari, 2018

ADA sejenis sakit mental yang menjejaskan keupayaan seseorang untuk berfikir dan bertindak dengan jelas.

Penyakit inilah yang mungkin menjangkiti semakin ramai ahli politik Umno dan juga perancang strategi parti itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Tentulah.

Bagaimana lagi kita boleh jelaskan mengenai obsesi golongan ini untuk menggambarkan Robert Kuok, bilionair yang pernah berkampung halaman di Malaysia, sebagai watak jahat?

Kuok didakwa berminat untuk menentukan keputusan pilihan raya akan datang dan turut didakwa membiaya musuh Barisan Nasional (BN), termasuk DAP.

Namun ironinya, sejak bertahun-tahun lalu, pemimpin kanan Umno berulang-alik ke Hong Kong untuk memberi penghormatan kepada Kuok. Ada yang memiliki jam tangan mewah pemberian Kuok dan ada juga yang terhutang budi padanya apabila keluarga mereka ditimpa kesusahan.

Mereka turut menggesa dan merayu pada Kuok untuk melabur dalam koridor ekonomi Iskandar dan projek lain di Malaysia. Ada kalanya, mereka juga cuba mengambil kesempatan atas pengaruh besarnya di Beijing.

Pada masa lain, ahli politik dari parti pemerintah dan eksekutif kanan dalam syarikat berkaitan kerajaan di Malaysia berusaha untuk bertemu mata dengannya untuk mendapatkan buah pandangannya.

Tentulah, ahli politik Umno/BN dan elit korporat Malaysia mendabik dada kerana pernah makan tengahari atau minum teh dengan Kuok.

Beliau tahu banyak perkara mengenai elit politik Malaysia dan hanya sebahagian daripadanya disentuh dalam buku “Robert Kuok, A Memoir" yang terbit baru-baru ini.

Kuok menyatakan komen pedas mengenai pembangunan negara yang tergelincir dari landasan dan memberi pandangan yang terus terang mengenai Dasar Ekonomi Baru. Pandangannya ini tidak dipersetujui sama sekali oleh ahli politik Umno.

Ramai di kalangan pemimpin kanan dalam parti itu menahan diri dari melancarkan kritikan, mungkin kerana maklum bahawa bilionair itu mengetahui banyak perkara mengenai diri mereka.

Hanya segelintir pemimpin Umno yang menolak pandangan Kuok mengenai keadaan Malaysia pada waktu ini. Namun, kenyataan berkenaan tidak dipedulikan oleh media utama.

Sungguhpun begitu, ada juga pihak dalam 'war room' Umno yang menggambarkan Kuok sebagai pembiaya DAP dan dalang dalam usaha menjatuhkan kerajaan BN.

Tentulah PRU14 akan menjadi medan untuk menentukan siapa yang akan memenangi undi golongan Melayu. Namun tindakan menggambarkan hartawan paling disegani di Asia itu sebagai antiestablishment dan dalang politik menunjukkan tindakan terdesak.

Strategi ini juga sangat aneh memandangkan beberapa pemimpin yang memegang jawatan utama dalam Umno juga terhutang budi pada Kuok atas peningkatan kuasa dan kesejahteraan hidup mereka. – 26 Februari, 2018.

Sumber asal: Adakah kerana RPK semua naik gila dan Robert Kuok pertimbang saman

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment