Seks Sesama Jantina Tidak Haram – Dr Siti Musdah...Bangang Betul Lah

Posted by Kerah Lekung on Wednesday, 28 February 2018

Seks Sesama Jantina Tidak Haram – Dr Siti Musdah...Bangang Betul Lah.
DAJAL datang dalam bermacam-macam bentuk. Salah satunya dalam rupa manusia yang menyesatkan orang Islam dengan menafsir Al Quran secara salah bagi menghalalkan dosa-dosa besar mereka.

Orang-orang yang begini menjadi kesukaan pakatan pembangkang memandangkan mereka sinonim dengan anti Melayu dan anti Islam. Menurut sumber, fatwa di Pulau Pinang pun perlu melalui kelulusan pakatan sedangkan parti ini dilihat secara bersiri menghina agama Allah s.w.t.

Tidak perlu untuk menganut Islam sekiranya agama tersebut tidak membuahkan ketenangan jiwa, dan perbuatan seks sumbang sesama jantina adalah halal menurut al-Quran, dakwa Profesor Dr Siti Musdah Mulia. Begitu senang dia cuba memesongkan akidah.

Kononnya prinsip Islam itu sendiri adalah ‘rahmatan lil alamin’ (rahmat untuk seluruh alam), menurutnya lagi. Profesor Universiti Islam Negeri (UIN) Jakarta itu menerangkan bahawa perbuatan seks sumbang sejenis adalah tidak haram, asalkan dilakukan dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab. Ini membuktikan Siti Musdah membawa ajaran sesat kerana dalam Al Quran dengan jelas mengharamkan hubungan sejenis.  Kaum Nabi Luth dilaknat kerana mengamalkan LGBT.

Kisah Nabi Luth dalam Al-Quran terdapat pada 85 ayat dalam 12 surah di antaranya Surah Al-Anbiya’ ayat :74- 75, Surah As-Syaara’ ayat: 160 – 175, Surah Hud: ayat 77- 83, Surah Al-Qamar ayat :33 – 39 dan Surah At-Tahrim ayat: 10

Firman Allah s.w.t:

“Ketika seksaan dari Kami (Allah) itu datang, maka Kami jadikan dari negeri kaum Luth itu yang atas dibalikkan ke bawah dan kami turunkan hujan seksa ke atas mereka, yang berupa batu, tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, sebagai yang diberi tanda oleh tuhanmu, dan negeri itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim”( Surah Hud : 82-83)

Di dalam Kitab Al-quran menceritakan kisah Nabi Luth yang menasihati kepada kaumnya seperti mana dalam Surah As-Syuara;

“Kaum Luth telah mendustakan para Rasul”, “Ketika saudara mereka Luth berkata kepada mereka,”Mengapa kamu tidak bertakwa?”. “Sungguh, aku ini seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu,”. “Maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepada ku”.”Dan aku tidak meminta upah kepadamu atas ajakan itu, upahku hanyalah dari Tuhan seluruh alam”.”Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki (Homoseks) di antara manusia”. “dan kamu tinggalkan (perempuan) yang diciptakan Tuhan untuk dijadikan sebagai isteri kamu? Kamu memang orang-orang yang melampaui batas’. ” Mereka menjawab, ” Wahai Luth! Jika engkau tidak berhenti, engkau termasuk orang-orang yang terusir”. ” Dia (Luth) berkata, ” Aku sungguh benci kepada perbuatan mu”(Surah As-Syuara’:160-168).

Kaum Luth telah mengancam Nabi Luth dan membencinya kerana mengajak kaumnya beriman. Ayat seterusnya dalam kitab Al-quran dikisahkan dalam Surah Al-Araf:

“Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah ) tatkala dia berkata kepada mereka: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?”. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melampiaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: “Usirlah mereka (Luth dan para pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri .” (Surah Al A’raaf: 80-82)

Tokoh yang dikagumi pakatan pembangkang di Malaysia itu berkata, “Sekiranya orang gay melakukan perhubungan seks dan melakukannya dengan perasaan cinta dan tanggungjawab, apa yang salahnya tentang itu?.

Quran lebih menekankan mengenai pelakuan.” “Apa yang haram ialah perbuatan seks yang tidak bertanggungjawab, yang menyakitkan orang dan membuat orang sakit atau terseksa, tidak kisah mana-mana orientasi seks,” katanya lagi.

Tegasnya, “Tidak ada apa-apa kesalahan untuk menjadi Muslim gay. Terdapat sekumpulan Muslimah lesbian di Jawa Barat — ahli-ahlinya kerap melakukan solat berjemaah dan bersedekah kepada anak-anak yatim. Mereka lebih Sufi dari orang-orang lain.

Cuma Tuhan yang berhak untuk menentukan orang itu bersalah atau tidak, beriman atau tidak.” Beliau juga mendakwa kaum Muslimah berhak untuk mengahwini pasangan yang kafir, kerana terdapat khilaf ulama berkenaan perkara tersebut.

Seperti biasa, golongan yang menghina Islam ini sudah tentu mendapat pengiktirafan dari musuh-musuh Islam. Sama seperti yang berlaku di Pulau Pinang. Orang Melayu yang sanggup menghina Islam dan orang Melayu serta menurut arahan DAP akan diangkat dengan imbuhan menarik.

Siti Musdah ini cuba menyesatkan umat Islam dengan mendakwa kononnya keseluruhan hukum fiqh dalam perkahwinan hanyalah ciptaan manusia, dakwanya lagi. Beliau berkata, “Dengan proses globalisasi, tidak dapat dielakkan untuk manusia lebih mudah berhubung dengan sesama sendiri.

Mengapa ianya diharamkan sedangkan ulama sendiri ada pandangan yang berbeza mengenai isu tersebut?”

“Saya beritahu mereka bahawa keseluruhan hukum fiqh mengenai perkahwinan adalah rekaan manusia, tidak ada satu pun daripadanya bersumberkan faks dari syurga.

Kenapa perlu takut? Tuhan tidak akan marah, Dia sungguh bijaksana,” katanya lagi. Apabila ditanya tentang keperluan untuk beragama memandangkan agama Islam amat bersifat kontekstual, beliau menjawab, “Itu bergantung kepada individu tersebut.

Sekiranya lelaki tersebut atau perempuan tersebut menganggap bahawa agama tidak membawa ketenangan kepada jiwa, lalu tidak ada gunanya untuk mempunyai agama. Ikut sahaja nurani kamu, serius.”

Sedar akan penentangan majoriti umat Islam terhadap pemikirannya itu, beliau mendesak campur tangan pihak kerajaan untuk mengharamkan ajaran Islam yang menjadi anutan mereka dan hanya menggunakan Islam versinya sahaja, yang sesuai dengan prinsip ‘rahmatan lil alamin’.

“Pihak kerajaan sepatutnya mengambil pendirian tegas dan berkata bahawa ajaran agama yang hanya boleh diterima di negara ini adalah yang sesuai dengan prinsip-prinsip demokrasi, Pancasila (dasar falsafah negara) dan prinsip Islam sebagai ‘rahmatan lil alamin’ — rahmat kepada semua manusia. Itulah. Kenapa takut?” tegas beliau.

Apa sahaja perkara yang membawa kerosakkan kepada agama Islam sering menjadi pujaan pakatan pembangkang di Malaysia.

Sumber asal: Seks Sesama Jantina Tidak Haram – Dr Siti Musdah...Bangang Betul Lah

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment