PERMATANG PAUH 25 Feb. - Jentera UMNO terutamanya Biro IT dan Media Sosial dinasihat berwaspada dengan fitnah yang bakal ditabur pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.
Pengerusi Biro IT dan Media Sosial UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini kerana pembangkang mempunyai ‘sejarah’ melakukan perkara berkenaan termasuk kononnya seramai 40,000 rakyat Bangladesh dibawa masuk ketika pilihan raya umum lalu untuk mengundi Barisan Nasional (BN).
Katanya, netizen juga tidak lupa tindakan seorang pemimpin pembangkang mengemas kini laman sosial pada pukul 3 pagi sewaktu hari mengundi pada 2013 kononnya mereka telah membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Pelbagai fitnah mereka tularkan termasuk kononnya dakwat kekal yang dicalit pada jari pengundi boleh ditanggalkan serta berlaku ‘black-out’ dan itu jelas pembohongan,” Katanya selepas menghadiri taklimat bersama jawatankuasa IT UMNO negeri di sini hari ini.
Kepada soalan beliau sering menjadi sasaran tohmahan di media sosial, Ahmad berkata, beliau mengamalkan pendekatan ‘tidak kisah’ selagi bercakap benar dan memberi fokus kepada program membantu rakyat.
“Pada masa sama, saya mahu Jawatankuasa IT di 191 bahagian lebih agresif mempromosi aktiviti memanfaatkan rakyat yang dianjurkan pemimpin setempat, bukannya menabur fitnah seperti pembangkang,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Sumber asal: PEMBANGKANG ADA SEJARAH MENABUR FITNAH MENJELANG PILIHANRAYA UMUM - AHMAD MASLAN
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment