Sunday, 25 February 2018
SIAPA KEUTAMAAN NAJIB - ORANG CINA MALAYSIA ATAU ORANG CINA DARI NEGARA CHINA?
Apabila Najib Razak turut menjadikan hubungan Malaysia dengan negara China sebagai salah satu bahan kempen menjelang PRU 14 akan datang, ia tentu saja menimbulkan beberapa persoalan buat kita semua.
Apakah keutamaan Najib sebenarnya?
Rakyat Malaysia atau negara China?
Orang Cina di Malaysia atau orang Cina dari China?
Dalam ucapan merasmikan sambutan Tahun Baru Cina Hua Zong semalam, Najib berkata, hubungan baik antara Malaysia dengan negara China akan terjejas sekiraya Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan selepas pilihanraya nanti.
"Kita tidak akan benarkan perkara ini. Jika pembangkang ambil alih negara, hubungan dengan China akan menjadi teruk, daripada level yang tinggi kepada yang rendah.
"Ini adalah perkara yang kita mesti elakkan untuk kebaikan bersama antara Malaysia dan China," katanya.
Sehubungan itu, kata Najib lagi, beliau bersama barisan kabinetnya akan mempertahankan hubungan dengan China itu dan tidak akan membenarkan perkara sebaliknya daripada berlaku.
Apakah pentingnya China kepada kepada Malaysia?
Atau China hanya penting buat Najib semata-mata?
Jika kita imbas kembali, meningkatnya hubungan Malaysia dengan China kepada level yang tinggi kebelakangan ini, mungkin sangat tinggi sebenarnya, bukanlah berasaskan kejujuran atau perkiraan menang-menang, tetapi lebih kerana Najib terperosok dengan skandal 1MDB yang menyebabkan namanya membusuk di seluruh dunia.
Sebelum itu, kiblat Najib adalah Amerika. Negara itu bukan saja paling kerap dikunjunginya, malah Obama sering meniti sebagai sebutan di bibirnya. Shopping dan cuti-cuti Najib sekeluarga juga adalah di Amerika.
Tetapi, apabila skandal 1MDB meletus yang menyebabkan media-media Amerika menyerangnya, di samping Najib bergelut untuk menyelesaikan hutang RM50 bilion syarikat pelaburan itu, di situlah bermulanya hubungan dengan dengan Amerika dan China mula menjadi tautan baru hatinya.
Bermula dengan menjual Edra Energy dan menyerahkan pembangunan Bandar Malaysia - kedua-duanya milik 1MDB - kepada syarikat China, ia kemudian melebar kepada penyerahan beberapa kontrak pelabuhan dan tanah-tanah untuk pembangunan.
Seterusnya bukan saja Proton, ECRL, keretapi laju KL ke Singapura dan banyak lagi projek diserahkan kepada China, bahkan untuk mendapatkan wang bagi 1MDB membayar hutang kepada IPIC di Abu Dhabi juga ialah dengan cara menjual tanah di Selangor dan Pulau Pinang kepada syarikat China.
Di sebaliknya Najib masih berbangga kononnya 1MDB mencatat untung dan kukuh aliran tunainya, tetapi untuk membayar hutang terpaksa juga menjual tanah yang ada.
Pendeknya, sejak adanya skandal 1MDB yang dikaitkan dengan Najib, penguasaan China begitu meluas sekali di negara kita.
Dalam hal ini, memang China tidak boleh dipersalahkan semuanya. Mereka adalah peniaga dan tentu mahu keuntungan yang maksima. Lebih-lebih lagi apabila berurusan dengan pemimpin yang sedang terdesak dan ada skandal, adalah lumrah untuk sesiapa pun mengambil kesempatan serta menggunakan tekanan.
Selama ini hubungan Malaysia dengan China bukanlah tidak baik, tetapi lebih berasaskan profesionalisme dan keuntungan bersama. Pelaburan China sentiasa digalakkan sebagaimana pelaburan daripada negara-negara lain juga.
Ini kerana semua pemimpin yang mengetuai negara sebelum ini tiada skandal peribadi dan tidak terdesak sifatnya. Sebaliknya, kerana keterdesakan Najib berikutan pertolongan China dalam menyelesaikan hutang 1MDB, beliau sebenarnya bukanlah menarik pelaburan daripada China, tetapi banyak mencipta hutang daripada negara kuasa besar tersebut, seperti ECRL misalnya serta banyak projek yang lain lagi.
Oleh kerana ianya hutang, kesannya akan ditanggung oleh rakyat dalam jangka masa panjang. Hutang perlu dibayar dan jika tidak cukup wang untuk membayarnya, maka banyak kemudahan untuk rakyat pada masa depan terpaksa dipotong atau cukai GST akan dinaikkan kadarnya.
Jika tidak pun, sama ada ribuan ekar tanah kerajaan atau saham-saham syarikat GLC akan dijual dengan harga murah kepada China. Apa pun pilihannya, rakyatlah yang rugi akhirnya.
Di Sri Lanka, oleh kerana hutang tak mampu dibayar, pelabuhan akhirnya terpaksa diserahkan kepada China, manakala di Zimbabwe, atas perkara yang sama, penggunaan mata wang yuan telah dijadikan pertukaran untuk melupuskan hutang.
Selain itu, penyerahan beberapa projek dan kontrak kepada China tidak semuanya menggembirakan peniaga-peniaga kaum Cina sendiri. Beberapa rakan peniaga bangsa Cina pernah mengeluh, kontraktor China bukan saja membawa semua bahan mentah, termasuk skru-skru kecil daripada negara mereka, bahkan ayam dan makanan lain juga akan didatangkan daripada sana.
Tiada apa yang kami boleh perolehi daripada kontraktor China yang ada kontrak di sini, selain harga yang ditawarkan pula terlalu rendah, demikian antara keluhan beberapa peniaga Cina.
Kalau orang Cina pun tidak begitu mendapat manfaat daripada kebanjiran kontraktor China, apakah sesiapa yang lain boleh menikmatinya?
Oleh itu, apabila Najib begitu mengagungkan hubungan dengan China dan tidak rela ia terjejas melalui kemungkinan perubahan kerajaan kepada Pakatan Harapan, apakah sebenarnya yang beliau cuba pertahankan?
Rakyat Malaysia yang mencintai Malaysia, orang Cina di Malaysia yang juga mencintai Malaysia atau orang Cina dari negara China yang sudah tentunya cintanya adalah kepada China? (ShahbudinHusin 25/02/2018).
Anda mungkin juga meminati:
SELEPAS CHINA, CHINA DAN SEKALI LAGI CHINA JUGA....
SETELAH DENGAN CHINA BANYAK DISERAH, APAKAH KEPADA ...
Posted by Shahbudin Husin at 14:21

Sumber asal: Siapakah yang Najib utamakan sebenarnya?
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment