Ooo.....kalau kepada mereka berpuluh tahun sejak merdeka pun tak jahat pulak?

Posted by Kerah Lekung on Tuesday 27 February 2018

Ooo.....kalau kepada mereka berpuluh tahun sejak merdeka pun tak jahat pulak? .
February 26, 2018
Robert Kuok mengaku taja Umno dan MCA sejak 1957
MiLo SuaM

TIBA-TIBA media pengampu BN (Binasa Negara) dan jenteranya menyerang orang paling kaya di Malaysia, Robert Kuok dengan mendakwa kononnya beliau telah menyumbang kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP).

DAP digambarkan seolah-olah jahat dan khianat kerana telah menerima dana dari Robert Kuok.

Namun perkara itu telah dinafikan oleh Kuok, yang juga terkenal dengan gelaran "Raja Gula" kerana sebelum ini memonopoli pasaran gula negara sehingga berjaya menjadi manusia paling kaya di Malaysia.

Namun jika kita meneliti buku "Memoir Robert Kuok" beliau mengaku telah menyumbang dana yang besar kepada parti United Malay National Organization (Umno) dan Parti Orang Cina Malaysia (MCA).
Malah Kuok mengaku telah menyumbang kepada kedua-dua parti komponen BN (Binasa Negara) itu sejak selepas Merdeka tahu 1957 lagi.

"I was often asked to give substantial donations to the ruling parties, Umno and Mca after independent 1957. I gave willingly, happily and freely, (saya sering diminta untuk memberi derma-derma yang besar kepada parti-parti pemerintah, Umno dan Mca selepas merdeka 1957. Saya telah menderma dengan rela, gembira dan bebas," dedahnya pada muka surat 260 buku tersebut.
Jadi jika DAP digambarkan sebagai pihak yang jahat dan khianat kerana menerima dana dari hartawan terkenal Robert Kuok, perkara yang sudah dinafikan oleh empunya diri, bagaimana pula Umno dan Mca yang telah menerima sumbangan besar dari orang yang sama saja zaman selepas merdeka lagi?

Dulu Umno dan MCA mentekedarah duit Robert Kuok berpuluh tahun sejak merdeka, tak jahat pulak?

Sumber asal: Ooo.....kalau kepada mereka berpuluh tahun sejak merdeka pun tak jahat pulak?

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment