Guru dalam kursus diminta undi Pas atau Umno

Posted by Kerah Lekung on Wednesday 28 February 2018

Guru dalam kursus diminta undi Pas atau Umno.

TERSEBAR beberapa keping foto didakwa diambil oleh salah seorang guru yang menghadiri satu kursus difahamkan diadakan di Putrajaya.


Apa yang mengejutkan peserta kursus tersebut, diminta untuk mengundi sama ada Pas atau Umno pada pilihanraya umum ke 14 tidak lama lagi.


Paparan skrin yang dihidangkan kepada peserta kursus meminta mereka mengundi mengundi calon-calon Pas dan Umno.


Guru

"PRU14 undilah calon-calon berikut sahaja," tulis paparan skrin itu.


Daripada Pas atau Umno dalam satu undian sahaja.


Di tempat tiada calon Pas, undilah calon Umno sahaja.


Di tempat tiada calon Umno, undilah calon Pas sahaja.


Jika terdapat kedua-dua calon undilah calon terbaik antara Pas atau Umno.


Sumber asal: Guru dalam kursus diminta undi Pas atau Umno

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment