Red Bean Army lebih ganas menjelang PRU14
LIZA HASSAN, RIDUAN ASHAHA - 26 FEBRUARI 2018
DAHULUNYA, terutama musim PRU11 dan PRU12 kecoh dengan munculnya Red Bean Army (RBA) yang dikaitkan dengan DAP sampai tidak senang duduk kerajaan ketika itu.
Awal kemunculannya operasi mereka hanya 20 orang meningkat ratusan dan bayaran diberikan RM3,000 sekepala.
Hari ini, adakah mereka lebih besar? Lebih bahaya? Menggunakan modus operandi yang berbeza dan menerima bayaran yang lebih lumayan?
“Sekarang masih wujud. Tidak guna nama lain tetapi wujud dalam keadaan yang jauh lebih bijak, terancang, lebih tersembunyi, bersatu dan jauh lebih bahaya,” kata bekas Setiausaha Kebangsaan Eksekutif Pemuda DAP, Shen Yee Aun yang mengetahui kewujudan dan operasi RBA sewaktu bersama DAP dahulu.
Beliau yang juga penganalisis dan strategis sosial media dan komunikasi politik berkata, falsafah kewujudan RBA harus digeruni kerana mereka lebih teratur dan membuat kerja walau tidak ditaja.
Menjelang PRU14 ini pula, Yee Aun berkata, fokus tentera maya itu lebih terarah kepada golongan muda yang tidak minat politik dan mewujudkan personaliti siber.
“Golongan ini sangat bahaya sebab setiap personaliti siber itu ada kepakaran dalam bidang tertentu. Ada penyokong yang membuatkan mereka mampu mempengaruhi minda, emosi, mengikut strategi dan agenda yang disusun oleh DAP.
“Pertempuran seperti ini adalah jauh lebih susah sebab jauh lebih tersembunyi. Jauh lebih gelap. Seolah-olah tak ada RBA lagi. Itulah bahayanya,” katanya.
LIZA HASSAN, RIDUAN ASHAHA - 26 FEBRUARI 2018
Shen Yee Aun

Laa......rupanya cybertrooper UMNO jauh lebih lumayan
UMNO tak ngaku pulak, parti DAP punyalah tu!

Sumber asal: Red Bean Army: Benarkah mereka ini penyebar berita palsu?
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment