KERANA KERAJAAN DI MALAYSIA, ROBERT KUOK JADI ‘RAJA GULA’...DASAR TAK KENANG BUDI

Posted by Kerah Lekung on Monday, 26 February 2018

KERANA KERAJAAN DI MALAYSIA, ROBERT KUOK JADI ‘RAJA GULA’...DASAR TAK KENANG BUDI.
Tan Sri Robert Kuok tidak akan menjadi usahawan berjaya seperti hari ini jika tidak kerana bantuan kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata sama ada individu tersebut kaya atau tidak, apa yang diperlukan adalah “kunci” untuk masa depan yang lebih baik.

“Jika kita tengok nama-nama orang terkaya di Malaysia ini, misalnya Robert Kuok, siapa yang beri anak kunci (sehingga) beliau dapat memonopoli (industri) beras dan gula suatu ketika dulu?

“Ia diberikan oleh kerajaan,” katanya ketika merasmikan Program Temuduga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Peringkat Zon Tengah di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di Serdang hari ini.

“Ya, beliau ada semangat keusahawanan, beliau rajin, tekun dan berdisiplin. Tetapi itu tidak cukup. Mana-mana individu memerlukan kunci dan kunci inilah yang diharap, melalui dasar kerajaan, membuka peluang dan ruang,” katanya lagi.

Monopoli Kuok dalam industri gula di Malaysia membuatkan dirinya digelar sebagai “raja gula”.

Individu terkaya di Malaysia yang kini tinggal di Hong Kong itu kembali menjadi perhatian semalam selepas penulis blog Raja Petra Kamaruddin menuduhnya menyalurkan dana kepada DAP melalui anak saudaranya, James Kuok.

Sumber asal: KERANA KERAJAAN DI MALAYSIA, ROBERT KUOK JADI ‘RAJA GULA’...DASAR TAK KENANG BUDI

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment