Pakatan Harapan Johor (PH Johor) terpaksa menggunakan nama-nama besar seperti Tun Mahathir Mohamad dan Nurul Izzah Anwar sebagai calon untuk bertanding di Johor. Jelas PH Johor kini dilihat semakin keliru dan celaru dengan perjuangan mereka sehingga tidak dapat membuat keputusan yang waras.
Apabila PH Johor menggunakan nama-nama besar sebagai calon untuk bertanding di Johor, ini membuktikan bahawa pemimpin PH Johor sangat lemah dan rapuh untuk memimpin negeri Johor.
Kalaulah benar PH Johor kuat dan sudah bersiap siaga sepertimana yang digembar-gemburkan dalam setiap ceramahnya di Johor. Mengapa perlu menggunakan nama-nama besar ini untuk meraih undi?
Tindakan yang dilakukan oleh PH Johor memperlihatkan bahawa mereka sanggup menggunakan segala taktik dan mengerah segala idea untuk menang di Johor. Termasuk menggunakan nama Tun Mahathir dan Nurul Izzah sebagai helah kaburi mata rakyat Johor.
Perkara ini sekali gus membuktikan PH Johor memang ketandusan calon dan tiada langsung calon tempatan yang layak, berwibawa dan berkaliber. Sepatutnya, PH Johor meletakkan nama-nama calon tempatan sebagai calon yang akan bertanding di Johor.
Hal ini kerana rakyat memerlukan pemimpin-pemimpin yang boleh memahami rentak rakyat Johor dalam membela hak-hak mereka tidak kira waktu dan masa. Bukannya orang luar yang tidak tahu apa-apa tentang Johor seperti Tun Mahathir dan Nurul Izzah.
Bayangkan jika Tun Mahathir dan Nurul Izzah mentadbir negeri Johor. Mampukah mereka menabur bakti dengan seikhlas hati di tempat yang tiada apa-apa kaitan dengan mereka?
Sepatutnya, Tun Mahathir dan Nurul Izzah memberi laluan kepada calon-calon tempatan PH Johor untuk menjadi calon wakil rakyat. Bukannya mengambil kesempatan atas kelemahan PH Johor semata-mata ingin menang di Johor.
Malah sebelum ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sudah bertitah melarang mana-mana orang-orang luar masuk campur dalam hal ehwal Johor. Tetapi yang menghairankan saya, kenapa PH Johor tetap membawa masuk orang-orang luar ini untuk menjadi wakil rakyat?
Kalau arahan semudah itu tidak dapat dituruti bagaimana PH Johor mahu tadbir negeri Johor?
Jika kita renungkan kembali, Barisan Nasional Johor tidak pernah membelakangkan rakyat dalam hal yang melibatkan kebajikan dan hak-hak rakyat Johor.
Lihat sahaja, sehingga ke hari ini Barisan Nasional Johor sentiasa mengutamakan calon tempatan sebagai wakil rakyat. Perkara ini sudah cukup membuktikan Barisan Nasional Johor sentiasa peka dan faham tentang selok-belok rakyat Johor. Secara tidak langsung, mereka mampu menyelesaikan segala masalah berkenaan isu setempat.
Apa yang boleh saya katakan, saya masih yakin dengan kepimpinan Menteri Besar, YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin. Dan saya percaya hanya beliau sahaja yang layak mentadbir dan memajukan negeri Johor. Bukannya orang luar yang mahu kuasa semata-semata tanpa mempedulikan kebajikan dan kemakmuran rakyat Johor.

Sumber asal: PH Johor keliru dengan perjuangan sendiri...
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment