Tindakan sesetengah pihak memburukkan Malaysia di luar negara boleh memberi kesan buruk kepada pasaran kerja anak muda dalam negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata segala dasar dan projek infrastruktur yang dipelopori kerajaan bertujuan memberi keyakinan kepada pelabur luar untuk datang melabur di Malaysia yang akhirnya mencipta pekerjaan untuk orang muda.
Bagaimanapun, katanya, tindakan pihak terbabit memburukkan negara atas kepentingan politik hanya akan menjejaskan keyakinan pelabur luar dan mensia-siakan usaha berterusan kerajaan dalam mengembangkan ekonomi negara demi masa depan generasi muda.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbang ke seluruh dunia bukan hanya untuk mengeratkan hubungan antara Malaysia dengan negara itu, tetapi jauh di lubuk hati beliau apabila ada hubungan baik, pelabur luar kenal Malaysia dan mencipta pekerjaan untuk anak muda.
“Apa juga yang beliau lakukan, beliau memikirkan anda, pekerjaan anda, masa depan anda,” katanya pada Program Temuduga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Peringkat Zon Tengah 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini hari ini.
Program yang dirasmikan oleh Perdana Menteri itu turut dihadiri Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Program yang berlangsung selama dua hari itu menawarkan lebih 15,000 peluang pekerjaan dan latihan kepada pencari kerja membabitkan lebih 150 majikan dengan sasaran 30,000 pengunjung.
Abdul Rahman berkata sejak tahun 2010, sebanyak 2.2 juta pekerjaan baharu diwujudkan di negara ini dengan hampir 700,000 daripadanya adalah pekerjaan berkemahiran tinggi.
“Kerajaan buat program projek besar seperti Transit Aliran Massa (MRT) untuk jadi pemangkin pertumbuhan ekonomi yang memberi kerja kepada anak muda,” katanya.
Katanya semua inisiatif itu bermula dengan satu iltizam iaitu memberi peluang kepada generasi muda mendapat pekerjaan yang seterusnya menjamin masa depan mereka. – BERNAMA

Sumber asal: TINDAKAN BURUKKAN KERAJAAN BERI KESAN PASARAN KERJA
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment