PRU 14: PH mungkin tak dapat guna logo sama, kata Dr M...Wayang Politik Madey

Posted by Kerah Lekung on Monday, 26 February 2018

PRU 14: PH mungkin tak dapat guna logo sama, kata Dr M...Wayang Politik Madey.
SHAH ALAM: Parti komponen Pakatan Harapan (PH) mungkin tidak dapat bertanding di bawah logo yang sama sebaliknya menggunakan logo masing-masing pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi PH itu berkata ia berikutan kelambatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) memberi maklum balas terhadap permohonan gabungan itu untuk didaftarkan secara rasmi.

"Kami dalam keadaan tidak pasti kerana tidak tahu sama ada akan bertanding dalam PRU ke-14 atas tiket HARAPAN (PH) atau parti secara sendiri.

"Tentulah jika kita bertanding atas tiket parti komponen dengan logo masing-masing, rakyat akan keliru.

"Sebab itu (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak enggan mendaftarkan HARAPAN (PH)," kata bekas perdana menteri itu.

Beliau bercakap di hadapan 1,500 orang yang menghadiri program jelajah PH di Alor Gajah, Melaka, malam tadi.

PH menghantar permohonan pendaftaran pada pertengahan tahun lalu dan Mahathir sebelum ini mendakwa RoS berulang kali sengaja melambat-lambatkan proses itu, lapor Malaysiakini.

Walaupun mereka tidak dapat bertanding menggunakan logo sama, Mahathir berkata rakyat seharusnya tahu akan empat parti komponen gabungan itu.

"Saya meminta anda semua undi apa saja logo selagi ia bukan dacing atau bulan," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Beliau merujuk kepada BN dan PAS yang dikatakan akan menyertai PRU ke-14 melalui Gagasan Sejahtera - kerjasamanya dengan beberapa parti pembangkang kecil.

Sumber asal: PRU 14: PH mungkin tak dapat guna logo sama, kata Dr M...Wayang Politik Madey

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment