BR1M MEMANG NAJIB SURUH AMBIK, MAHATHIR SAJA YANG KATA RASUAH

Posted by Kerah Lekung on Wednesday, 28 February 2018

BR1M MEMANG NAJIB SURUH AMBIK, MAHATHIR SAJA YANG KATA RASUAH.
ORANG-ORANG Mahathir dari pelbagai latarbelakang yang tak suka tengok rakyat senang, mula memperolok-olok 7 juta rakyat yang menerima BR1M semalam.

Ada yang siap desak suruh rakyat ambik BR1M itu sebab kononnya itu duit hasil bayar GST, bukan duit Najib.  Apa bodoh ke desakan yang serupa ini?  Tak payah cakap pun memang Najib suruh ambil la BR1M tu, sebab tu beliau perkenalkan dulu dan masuk terus ke dalam akaun rakyat (atau ambik dari pemimpin UMNO bagi sesetengah kes).

Memang Najib nak pulangkan kepada rakyat sebahagian hasil negara kepada rakyat.  Betullah tak pulang semua sebab kerajaan kena juga belanja, siapa bodoh pulak dalam dunia kutip cukai RM 1 billion (contoh) pulang balik RM 1 billion juga kepada rakyat.  Kalau ada namakan satu.

Tapi kurang-kurangnya ada.  Bukan itu saja (BR1M) pulak yang dipulangkan dulu, ada lagi subsidi kesihatan, subsidi pendidikan dan sebagainya.

Banding dulu zaman Mahathir bila rakyat kena bayar SST, kemudiannya rakyat dapat apa?  Tol kena bayar, elektrik tak guna pun kena bayar sebab nak subsidi IPP yang majoriti dikuasai kroni.  Subsidi minyak ke?  Taklah kot sebab minyak turun naik hari-hari, zaman Mahathir bertahun-tahun minyak tak pernah turun, naik adalah.

Sebetulnya tak ada subsidi minyak zaman Mahathir, hanya kerajaan menentukan harga minyak, itu saja.  Petronas tidak akan bertambah kaya, kalau betul Mahathir zaman itu bagi subsidi, Petronas sepatutnya habis banyak duit untuk bagi subsidi minyak, bukan boleh kumpul banyak duit sehingga boleh bina HQ baru di KLCC padahal HQ lama di Dayabumi belum 10 tahun pun usianya.

Pendek kata, takde apa yang dulu Mahathir pulang semula kepada rakyat walaupun dalam masa yang sama dia kutip pelbagai cukai dari rakyat – lesen TV RM 24 setahun tu termasuklah tu.  Nak kena ingatkan ni sebab dari ruang sembang yang penulis lihat, seolahnya zaman Mahathir dulu tak bayar apa-apa cukai dikatakan mereka.

Sumber asal: BR1M MEMANG NAJIB SURUH AMBIK, MAHATHIR SAJA YANG KATA RASUAH

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment