Siapa yang tak kenal dengan lakonan 'Sakit' yang menjadi kebiasaan puak Pakatan Haprak ni. Amalan sedemikian memang sudah lama dijadikan sebagai modal Politik Murahan mereka.
Kalau dulu, Si Ketua Penipu tu pernah menggunakan taktik memakai bekung leher untuk menunjukkan kononnya dia sedang menderita kesakitan akibat ditahan oleh pihak Polis.
Kemudian Si Ketua Penipu tu juga pernah mengadu sakit belakang apabila dia dimasukkan ke penjara. Alasannya, sebab tilam di katil penjara terlalu nipis menyebabkan dia sakit belakang.
Sekarang, giliran Si Azmin Ali tu pulak cuba nak buat lakonan kononnya dia sedang mengalami kecederaan tulang belakang dan terpaksa bekerja dirumah bagi meraih simpati murahan.
Sebagai rekod, sejak kebelakangan ini Si Azmin Ali tu mula menjadi tak tentu arah apabila penyelewengan serta salah guna kuasa pentadbiran Rejim Pakatan Selangor didedahkan secara umum.
Ditambah pula dengan siasatan pihak SPRM berhubung isu skandal pasir yang melibatkan anak saudaranya sendiri serta penyelewegan tanah peneroka di Ijok menjadi perhatian ramai.
Malah, isu yang berkaitan Pakatan Haprak di Selangor, khususnya berhubung isu pengagihan kerusi DUN dikalangan mereka juga masih GAGAL diselesaikan oleh Si Azmin Ali.
Kemungkinan besar keadaan itu yang membuatkan Si Azmin Ali tu mula sesak nafas dan terpaksa mencipta alasan sebagai jalan keluar. Maka tidak mustahil sekiranya dakwaan kononnya dia sedang mengalami sakit tulang belakang itu hanya sekadar rekaan semata - mata bagi mengelakkan dirinya dari berhadapan dengan rakyat!!!
Sumber asal: SAKIT JADI ALASAN AZMIN TAKUT TAMPIL SECARA TERBUKA!!!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment