Ketika berjuta orang di seluruh negara tersenyum riang nak dapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat pertama tahun ini mulai Isnin…Datuk Seri Najib Tun Razak masih terpaksa ‘kayuh’ memberi penjelasan dan mempertahankan bantuan kerajaan itu.
Ini bukan tahun pertama tetapi sudah lima tahun berlalu sejak BR1M diperkenalkan pada tahun 2012.
Bagi golongan berada ia mungkin dipandang remeh tetapi bagi golongan bawahan BR1M sangat bererti dalam menampung kehidupan mereka.
Ironinya dan jadi cerita lawak…selalu dengar cerita golongan pembangkang yang kutuk BR1M dakwanya sebagai ‘dedak’ segala macam adalah mereka yang selalu berbaris di depan untuk terima BR1M.
Namun bagi Perdana Menteri beliau tidak pernah kendur dari pendirian untuk terus beri BR1M.
BR1M dilaksanakan pada tahun 2012 dengan bantuan asal sebanyak RM500 yang memanfaatkan hampir 4.1 juta penerima sebelum dinaikkan kepada RM1,000 pada 2016 dan RM1,200 pada 2017.
Mungkin banyak orang lupa ia menepati janji beliau dalam tempoh lima tahun BR1M akan mencecah RM1,200.
"Janji kita lima tahun dahulu dalam manifesto Barisan Nasional (BN), kita akan naikkan BR1M kepada RM1,200 dan dalam jangka masa ini, janji telah ditepati. Kita tidak akan membuat janji kalau kita fikir tidak boleh ditunaikan”
Itu katanya pada majlis pelancaran BR1M peringkat kebangsaan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di Pekan Ahad.
"Saya takkan keluarkan kenyataan bahawa sesuatu manifesto itu kita kaji semula - ada orang buat kenyataan bukan nak tepati, nak kaji semula 60 peratus daripada manifesto. Apa guna manifesto yang mana janji kita takkan tunaikan," kata Perdana Menteri.
Dalam ucapan itu beliau berkongsi cerita mengenai asal usul pembayaran BR1M berikutan sebagai menjawab pelbagai tohmahan daripada pihak pembangkang termasuk bertujuan membeli undi.
Bercakap di hadapan kira-kira 2,000 penerima, beliau berkata bantuan itu sebenarnya dicadangkan oleh Bank Negara Malaysia.
Ia bukan bersifat kepartian politik sebaliknya sebagai usaha membolehkan kaedah subsidi bersasar dilakukan.
"Subsidi ini (bersasar) adalah lebih baik daripada subsidi pukal yang banyak ketirisan. Sebagai contoh, mungkin mereka yang menerima subsidi ini menjualnya di sempadan.
"Keduanya, orang yang sepatutnya menerima subsidi secara relatifnya mendapat kurang berbanding orang yang tinggi kemampuan, contohnya Petrol RON95, orang berkereta besar mendapat manfaat lebih daripada mereka yang memandu Proton Saga atau Myvi," katanya.
Lantaran itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi kerajaan, sudah sampai masanya untuk membuat perubahan dasar yang memberi manfaat besar kepada rakyat melalui pemberian BR1M.
Beliau berkata sehingga hari ini, kerajaan BN berjaya menunaikan 97.6 peratus janji dalam manifesto pada PRU lepas.
Najib berkata BR1M yang menjadi antara pertanyaan popular pengguna media sosial setiap kali beliau memuat naik pelbagai status di Facebook dan Twitter miliknya turut membantu merangsang ekonomi negara.
"Apabila sahaja kita dapat BR1M, kita gunakan untuk membeli barang-barang asas seperti beras, gula, susu dan pakaian sekolah, ini merangsang ekonomi domestik," katanya.
Beliau turut menempelak pihak yang hanya pandai mengkritik pemberian BR1M tetapi tidak memberi sebarang cadangan berhubung kaedah lebih baik dalam menyampaikan subsidi.
Katanya pihaknya bersedia menimbang sebarang cadangan untuk dilaksanakan demi kepentingan rakyat dan negara.
"Kalau nak kata dedak atau 'cash is king', ini mengarut sebab zaman dia dahulu tidak buat, kita kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan rakyat," jelasnya.
Juga katanya jika BR1M didakwa untuk beli undi ia hanya akan diberi kepada ‘ puak-puak kita’ saja sebaliknya rakyat di negeri-negeri pembangkang pun terima.
Pengagihan BR1M 2018 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM6.3 bilion untuk kira-kira tujuh juta penerima di seluruh negara akan dilakukan dalam tiga fasa.
Bayaran pertama BR1M akan dibayar mulai esok, manakala fasa kedua dan ketiga bakal dibuat pada Jun dan Ogos ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Sumber asal: Disebalik wajah gembira penerima BR1M…PM masih kena ‘kayuh’ beri penjelasan
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment