Utusan dedah Najib arahkan 'padam' aktiviti Jho Low dalam laporan 1MDB

Posted by Kerah Lekung on Saturday, 24 November 2018

Utusan dedah Najib arahkan 'padam' aktiviti Jho Low dalam laporan 1MDB. SUMBER berita milik Umno, Utusan Online semalam mendedahkan bagaimana Najib telah mengarahkan supaya pembabitan dirinya dan penjenayah paling dikehendaki negara "Jho Low" dipadam daripada laporan aktiviti 1MDB.

Najib arah pinda 1MDB

Utusan yang memetik sumber melaporkan, bekas perdana menteri itu telah mengarahkan agar laporan asal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disediakan oleh Tan Sri Ambrin Buang, Ketua Audit Negara pada waktu itu, dipinda.

Pindaan itu yang dibuat dalam satu mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri bersama Ambrin, turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad, dan Ketua Setiausaha sulit kanan Perdana Menteri, Tan Sri Shukri Mohd Salleh.

Laporan asal 1MDB masih ada

Walaupun laporan 1MDB sudah dipinda, namun laporan asal itu masih ada. Ketua Audit Negara sekarang, Tan Sri Dr Madinah dilapor akan membentangkan laporan asal 1MDB kepada kabinet dalam masa terdekat.

Malah Madinah pun sudah membentangkan laporan asal 1MDB itu kepada Jawatankuasa kira-kira wang negara (PAC).

Difahamkan dalam laporan asal itu, jelas menunjukkan bahawa Najib tahu tentang penyelewengan yang berlaku dalam 1MDB disebabkan campur tangan beliau dari segi pengurusan kewangan syarikat itu.

Sumber — Utusan Online

Semalam, dalam temubual bersama Sinar Harian, Najib nampaknya berpura-pura "baru tersedar" bahawa dirinya telah ditipu oleh cina gemuk Jho Low.

BACA ~ Najib mengaku kena tipu dengan Jho Low

Padahal dia sendiri yang arah agar penyelewengan Jho Low dalam laporan 1MDB dipadam dan disembunyikan, selepas itu pada 2016 dia arah supaya Laporan Audit 1MDB diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA) supaya maklumat di dalamnya terlindung dari penelitian umum.

Mujur Pakatan Harapan menang pada pilihanraya umum yang lalu, maka pada 15 Mei yang lalu status rahsia Laporan Audit 1MDB itu telah dibatalkan.

***
"Kalau PH tak menang, sampai sekarang kita tak tahu penipuan Najib dan Jho Low dalam 1MDB,"
Sumber asal: Utusan dedah Najib arahkan 'padam' aktiviti Jho Low dalam laporan 1MDB

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment