Ustaz Adib kena penjara 6 bulan sebab rotan pelajar tak mahu solat

Posted by Kerah Lekung on Friday, 16 November 2018

Ustaz Adib kena penjara 6 bulan sebab rotan pelajar tak mahu solat. USTAZ Muhammad Adib Abd Halim Yahaya dijatuhkan hukuman penjara selama 6 bulan berserta denda RM2,000 kerana kesalahan merotan pelajar yang tidak solat.

Muhammad Adib merupakan seorang guru Kelas Al-quran dan Fardhu Ain (Kafa).

TAG
Ustaz Adib gambar diambil dari facebook

Guru Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra itu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang pada 26 Disember lalu atas tuduhan merotan pelajar yang enggan menunaikan solat ketika sesi persekolahan.

Guru lulusan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) itu mempertahankan tindakannya merotan di bahagian kaki pelajar 4 pelajar berusia 11 tahun yang dilakukan pada 17 Ogos tahun lalu, bagi tujuan mendisiplinkan mereka.

Akibat dari tindakan itu, Adib, 24 atau juga dikenali sebagai Ustaz Adib diheret ke mahkamah dan dibicarakan bermula 27 September tahun lalu.

Khairul Amin, peguam yang mewakili Ustaz Adib, memberitahu bahawa mahkamah membenarkan penangguhan hukuman bagi pemenjaraan tetapi perlu segera membayar denda.

"Mahkamah benarkan tangguh hukuman penjara, tapi denda kena bayar hari ini. Sudah dijelaskan tadi," katanya.

"Sekarang saya dalam proses untuk membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi," tambahnya.
Sumber asal: Ustaz Adib kena penjara 6 bulan sebab rotan pelajar tak mahu solat

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment