3 anak Mansor panjat tangga mahkamah...

Posted by Kerah Lekung on Thursday, 15 November 2018

3 anak Mansor panjat tangga mahkamah...
Dakwa cepat,bicara lewat...

Pagi ini kawasan Mahkamah Jalan Duta dijangka "meriah" sekali lagi dengan kehadiran orangramai apabila isteri bekas Perdana Menteri, Rosmah Mansor, bekas pembantunya, Rizal Mansor dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor akan didakwa di mahkamah berkaitan dakwaan rasuah.

Secara kebetulan, ketiga-tiganya adalah "anak Mansor", walaupun mereka bukanlah adik-beradik atau ada hubungan persaudaraan antara satu sama lain.

Rosmah dan Rizal dipercayai akan didakwa berkaitan projek solar untuk sekolah-sekolah di Sarawak yang melibatkan kos bernilai RM1.25 bilion.

Tengku Adnan atau nama popularnya Ku Nan pula akan didakwa berhubung penjualan 97 keping tanah milik DBKL seluas 273.27 hektar bernilai RM5.63 bilion ketika beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Sebelum ini, Najib Razak sudah dihadapkan dengan 39 pertuduhan, Zahid Hamidi 45 pertuduhan, Rosmah 17 pertuduhan, bekas Ketua Setiausaha Negara, Irwan Siregar Abdullah 6 pertuduhan, peguam UMNO, Shafee Abdullah 4 pertuduhan dan bekas ketua perisik MEIO, Hasanah Abdul Hamidi dengan satu pertuduhan pecah amanah.

Dijangka lebih ramai lagi pemimpin UMNO, termasuk bekas menteri, bekas timbalan menteri, Ahli Parlimen dan pegawai kanan kerajaan era BN turut bakal didakwa selepas ini atas pelbagai kesalahan sama ada berkaitan rasuah, pecah amanah atau penyelewengan ketika masing-masing ada kuasa sebelum ini.

Najib dan Rosmah sendiri tidak terkecuali dijangkakan akan berdepan lebih banyak pertuduhan juga.

Image may contain: 1 person, text

Dari satu segi, rakyat memang menyambut baik segala penyiasatan, penahanan dan pendakwaan ke atas semua mereka yang terlibat itu, malah sebab utama pengundi bersatu hati menumbangkan UMNO dan BN pun adalah disebabkan mereka sudah lemas dengan gejala rasuah dan terlalu berleluasa selama ini.

Rakyat mahu semua kedurjanaan itu dihapuskan sama sekali lantaran mereka yang memegang kuasa atau atau kaitan dengan kuasa sebelum ini ini didapati langsung tidak amanah dan hanya memikirkan kepentingan peribadi semata-mata.

Tetapi, sementara penyiasatan demi penyiasatan, penahanan demi penahanan, seorang demi seorang ditahan reman serta dipakaikan baju oren dan pendakwaan demi pendakwan dilakukan, apa yang menimbulkan kebimbangan rakyat ialah belum ada seorang pun daripada yang didakwa itu sudah ada tarikh untuk mereka dibicarakan.

Semuanya masih tergantung di peringkat pengurusan kes yang dijangka akan dilakukan sebelum hujung tahun ini dan perbicaraan pula tentunya pada awal atau pertengahan tahun hadapan. 

Mengapakah ia begitu lambat dibicarakan sedangkan semuanya adalah kes berprofil tinggi serta melibatkan kepentingan awam?

Yang lebih buruknya, sebaik didakwa dan dibebaskan dengan ikat jamin, semua yang didakwa itu kemudiannya bebas bercakap, berceramah dan menulis di media sosial mempertahankan diri masing-masing seolah-olah mereka tidak bersalah, dianiaya serta manga kepada pendakwaan terpilih.

Jadinya, ternampak ada sesuatu yang pelik dan lompong dalam hal ini, bahkan sistem keadilan bagaikan dipermain-mainkan.

Image may contain: 2 people, people smiling, text

Jika kerajaan dan semua pihak yang berkaitan dengan undang-undang benar-benar serius ingin membersihkan negara ini serta mahu melihat operasi pembersihan itu berjalan dengan baik dan mampu memberi kesedaran kepada masyarakat, perbicaraan kes-kes berprofil tinggi dan melibatkan kepentingan awam ini seharusnya dipercepatkan dan tidak dilengah-lengahkan.

Mahkamah seharusnya menetapkan tarikh yang cepat untuk perbicaraan supaya hukuman sama ada bersalah atau tidak ke atas tertuduh boleh segera dijatuhkan. Di sinilah juga namanya keadilan.

Ia tidak boleh ditunggu sehingga empat atau enam bulan kemudian baru hendak dibicarakan. Perbicaraan hendaklah disegerakan dan hukuman yang setimpal harus dijatuhkan supaya ia dengan sendirinya dapat memberi kesedaran kepada masyarakat serta menimbulkan ketakutan kepada mereka yang sedang berkuasa sekarang.

Sebenarnya itulah tujuan undang-undang dilaksana dan dikuatkuasakan. 

Maka itu, penegak undang-undang harus melihat perkara ini dengan serius demi kepentingan rakyat dan negara. Jangan asyik mendakwa dan membawa kes ke mahkamah saja, yang rakyat ingin lihat sebenarnya ialah mereka yang didakwa itu segera dijatuhkan hukuman dan dipenjara, terutama bagi kes-kes yang mudah, jelas dan "straighforward" seperti ada bukti wang, nombor cek, pembelian rumah secara tunai, kekayaan melampau dan sebagainya.

Rakyat memang menyanjung tinggi keseriusan Tun Mahathir mahu membersihkan negara ini, tapi janganlah sampai setelah beliau tiada lagi pun nanti, perbicaraan masih tak selesai-selesai lagi. -ShahbudinHusin 

Image may contain: 3 people, suit and text

Isu dan soalan yang sama sering dibangkitkan oleh macaii dan walaun...

Skuad Badar heret pasangan khalwat 
ke kubur di Sungai Petani...

Sebuah kumpulan sukarelawan cegah maksiat beroperasi di Sungai Petani, Kedah sejak dua tahun lalu, mendakwa mereka membantu pihak berkuasa agama negeri menjaga moral Muslim daripada berdosa. Mereka yang dicekup berkhalwat akan dibawa ke tanah perkuburan dekat sebuah masjid untuk ditarbiahkan. 

Sebarang penguatkuasaan agama mesti dilaksanakan selari dengan peruntukan undang-undang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau mengulas mengenai kumpulan pencegah maksiat Skuad Badar di Sungai Petani. Skuad Badar sebelum ini dilaporkan melakukan pantauan di samping menangkap dan menasihati pasangan khalwat.

In Sg Petani, a small town in the northern state of Kedah, a vigilante group is out to catch couples in the act of khalwat (close proximity), declaring it is helping the state religious authorities stop Muslims from sinning.

The group, which calls itself “Skuad Badar”, conducts surveillance at hotels and raids, for which it will get prior approval from local mosque officials. It will also file a police report stating its intentions beforehand.

Ku Nan Arrested...

Former minister Datuk Seri Tengku Adnan Mansor and real estate developer Datuk Tan Eng Boon will be charged tomorrow with offences related to Kuala Lumpur City Hall’s (DBKL) land deals, the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) said today.

Tengku Adnan, who was Federal Territories minister and Umno secretary-general, is expected to be jointly charged with Tan at the Kuala Lumpur Sessions Court at 2.30pm, MACC said in a statement.

Tengku Adnan was arrested by MACC this afternoon upon arrival at its headquarters in Putrajaya, where he is expected to spend the night before being presented in court tomorrow.

Previously, Tengku Adnan had admitted to being called in by MACC at least 12 times to have his statements recorded regarding several questionable land deals transacted by DBKL during his time as Federal Territories minister.

He has since claimed innocence to the allegations against him, explaining that he surrendered all of the ministry’s land matters to the then prime minister’s office when he was appointed as the minister in 2013.

Meanwhile, Tan, who has been referred to in past news reports as a “real estate tycoon”, is also the chairman of ceramic products company, Goh Ban Huat Bhd (GBH).

A recent report by The Edge explained how the dubious sale of more than 90 plots of land was only unearthed after the Barisan Nasional (BN) government was defeated.

This, in turn, allowed the incoming Pakatan Harapan (PH) administration to shed light on the allegedly shady land deals undertaken by DBKL.

Image may contain: 1 person, meme and text

It detailed how several land purchases, some of which were in prime areas such as Jalan Raja Chulan and Pudu, took place with the Kuala Lumpur mayor listed as the buyer.

The total amount of land acquired by the “mayor” alone was worth a whopping RM1.5 billion.

Reports have alleged that these plots, once purchased, had their ownership transferred to Yayasan Wilayah Persekutuan, a foundation chaired by Tengku Adnan.

Under the guise of purchases made by the mayor, these acquired plots were later sold — some at a price significantly lower than the market value — to selected developers.

The report also listed 71 of the purported 90-over land deals made under Tengku Adnan’s watch as Federal Territories minister.

Interestingly, among those listed as one of the landowners was Tengku Adnan’s alleged co-conspirator Tan.

An entry in the report’s list of land deals showed a 0.54-acre plot of land worth RM4.92 million purchased by a company named, NipponKey Sdn Bhd, on October 10, 2015.

Tan is a shareholder of the company with his two sons, Edwin Tan Pei Seng and Goodwin Tan Pei Poh, holding a 40 and 30 per cent stake respectively. - sg news.

Hunting for Jho Low...

Image may contain: 1 person, eyeglasses, beard and text

Hello...hutang mesti dibayar. Ini bukan wang kelapa bapak hangpa 
ini wang rakyat untuk bantu anak Malaysia yang lain. 

Image may contain: 3 people, people sitting
Semah naik turun mahkamah, tak penah pulak nampak dia terlantar atas katil hospital.
Apa jenis penyamun da ni... Malulah kat geng skit...

Image may contain: 1 person, text
Dulu bercakap guna kepala lutut kanan, 
hari ini bercakap guna kepala lutut kiri.

Image may contain: 2 people, people smiling, text
cheers.

Credit: https://ift.tt/2PpN9tw

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment