Rupanya Umno sudah mulakan ICERD sejak 2011

Posted by Kerah Lekung on Tuesday 20 November 2018

Rupanya Umno sudah mulakan ICERD sejak 2011. SELEPAS hampir setahun menjadi pembangkang, pemimpin Umno mengajak PAS mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama membawa isu ICERD untuk menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi pada malam Sabtu lalu mengumumkan penganjuran himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) bersama-sama pimpinan dan penyokong PAS.

Dalam pada Zahid Hamidi, berkobar-kobar mengajak rakyat turun berhimpun, sampai ke tahap mengajak orang Melayu "Mengamuk" di jalanraya, ada sesuatu fakta yang disembunyikan olehnya dan perlu didedahkan.

Sebenarnya ICERD telah dimulakan perbincangannya oleh pimpinan Umno semasa pentadbiran mereka dahulu, seawal tahun 2011.

Berikut antara bukti-bukti bahawa pentadbiran Umno telah memulakan perbincangan tentang ICERD sejak lama dahulu.

1. Dokumen Laporan Suhakam tahun 2011 muka surat 64 ada merekodkan perjumpaan Jawatankuasa Teknikal ICERD di Jabatan Perpaduan dan Integriti Nasional di bawah jabatan Perdana Menteri. Laporan itu menyatakan bahawa kemungkinan Malaysia menerima pakai ICERD telah dibincangkan.


Sumber — suhakam.org.my/preview/button/#ff0303

2. Dokumen Laporan Tahunan 2015 Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional (JPNIN) di bawah Jabatan Perdana Menteri muka surat 22 pula mendedahkan bahawa Pengerusi Jabatan itu, merupakan Pengerusi Teknikal ICERD.

JPNIN melaporkan bahawa kerajaan sendiri telah meminta jabatan itu untuk mengkaji kesesuaian dan kesediaan kerajaan Malaysia meratifikasi atau menandatangani konvensyen ICERD dan menyediakan input kepada wisma Putra untuk sesi Universal Periodic Review (UPR) pada tahun 2018 berhubung ICERD.


Sumber — perpaduan.gov.my/preview/button/#ff0303

Ketika Umno memulakan ICERD sejak tahun 2011, Zahid Hamidi merupakan menteri kanan dalam kerajaan, antaranya Menteri Dalam Negeri, masa itu tak ada pula Zahid ajak orang Melayu mengamuk bantah ICERD.

Jadi dalam hal ini pemimpin dan penyokong PAS terang-terangan ditipu oleh pemimpin Umno.

Lantaran terdesak untuk memainkan isu yang boleh menaikkan kemarahan orang-orang Melayu maka isu ICERD digembar-gemburkan supaya jadi heboh dan kecoh.
Sumber asal: Rupanya Umno sudah mulakan ICERD sejak 2011

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment