Himpunan ICERD 8 Disember "gimik politik nakal" kata Anwar Ibrahim. JIKA pembangkang mahu menganjurkan perhimpunan besar, mereka patut fokus kepada isu yang lebih relevan berbanding isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Pembasmian Sebarang Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, Kerajaan telah membuat keputusan yang sangat jelas untuk tidak meratifikasi ICERD, sebarang rancangan berhimpun berhubung perkara itu tidak lain sekadar "gimik politik yang nakal,".
"Keputusan kerajaan sangat jelas, kita telah berbincang dan menolak (ratifikasi ICERD). Sekiranya (pembangkang) mahu terus berhimpun (membantah Ratifikasi ICERD), ia jelas sekali satu gimik politik yang nakal," katanya.
"Apa lagi yang nak dibantah?" soalnya.
"Rakyat Malaysia ada hak untuk membantah, tapi saya harap mereka ada sebab yang munasabah,"
"Saya terlibat di dalam banyak himpunan sebelum ini. Kami berhimpun bantah ISA, dan mahu pilihan raya bersih, kita bantah kezaliman," katanya dalam satu sidang media hari ini lapor NST.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam kerajaan telah mengumumkan tidak akan meratifikasi ICERD.
Pejabat Perdana Menteri berkata kerajaan akan terus menjunjung perlembagaan persekutuan dan perjanjian kontrak sosial yang telah dipersetujui sekian lama.
BACA — Kerajaan tidak akan ratifikasi ICERD
Mengulas tentang pengumuman itu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, meskipun mereka mengalu-alukan keputusan itu, pembangkang akan meneruskan himpunan seperti dirancangkan pada 8 Disember, untuk meraikan kemenangan di dalam menolak ICERD.
BACA — Himpunan ICERD 8 Disember diteruskan
Anwar turut memberi maklum balas terhadap kenyataan Lawyers for Liberty yang mempersoalkan keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasi ICERD. Kata beliau keputusan itu dibuat berdasarkan keselamatan negara.
"Sudah jelas kerajaan akan mempertahankan rakyat dari sebarang bentuk diskriminasi. Fokus kita sekarang untuk membangunkan institusi," katanya.
Sumber asal: Himpunan ICERD 8 Disember "gimik politik nakal" kata Anwar Ibrahim
Home » ReJaM© » Himpunan ICERD 8 Disember "gimik politik nakal" kata Anwar Ibrahim
Himpunan ICERD 8 Disember "gimik politik nakal" kata Anwar Ibrahim
Posted by Kerah Lekung on Saturday, 24 November 2018
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment