Beberapa keping gambar tersebar di media sosial Facebook dan Twitter, menimbulkan rasa lucu kepada netizen.
Secara tak langsung dapat kita fahami di sini bahawa pengundi-pengundi ini, yang diberikan hak untuk mengundi pemimpin Parti Keadilan Rakyat di peringkat Cabang dan Pusat, sebenarnya tidak faham pun apa yang sedang mereka lakukan.

Mereka tak tahu pun bahawa Parti Keadilan Rakyat dan Barisan Nasional itu adalah dua parti yang saling berseteru.

Selepas kemenangan Pakatan Harapan di bawah logo Parti Keadilan Rakyat mengalahkan Barisan Nasional pada 9 Mei yang lalu, berbondong-bondong orang dilapor didaftarkan sebagai ahli KEADILAN.

Peningkatan ahli KEADILAN di seluruh negara meningkat lebih 100% dan mereka ini terdiri daripada rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, temasuklah bekas penyokong-penyokong Barisan Nasional.

*** "Ahli KEADILAN yang tulen, akan merasa malu dan tak sanggup nak pakai payung BN di kala hujan, apatah lagi nak pakai t-shirt BN,"
Sumber asal: Ahli PKR datang mengundi pakai baju, topi dan payung BN
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment