Hakim sahkan MB Pahang terlibat rasuah pengundi

Posted by Kerah Lekung on Friday, 30 November 2018

Hakim sahkan MB Pahang terlibat rasuah pengundi. HARI ini sumber berita tempatan melaporkan keputusan mahkamah membatalkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Cameron Highland dalam pilihanraya umum yang lalu kerana berlaku tindakan merasuah pengundi.

Hakim Datuk Azizah Nawawi berkata mahkamah mendapati terbukti wujud amalan rasuah yang diketahui dan mendapat keizinan oleh ahli parlimen (BN) kawasan terbabit, Datuk C Sivaraj.

Rasuah Pengundi Cameron Highland

Apa yang menarik perhatian kita, Buletin Utama TV3 malam ini melaporkan hakim berkata:

"Wang (rasuah) itu diberikan sama ada secara terus oleh Datuk Sivaraj kepada pengundi orang asli, atau melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, yang kini Menteri Besar Pahang, atau ejennya untuk mempengaruhi pengundi untuk memilihnya,"

Buletin Utama juga melaporkan, calon BN Cameron Highland, Datuk Sivaraj yang berkempen bersama-sama Datuk Seri Wan Rosdy (MB Pahang) didakwa telah memberi rasuah antara RM30 dan RM1,000 kepada pengundi orang asli melalui beberapa tok batin bagi memastikan mereka mengundi calon Barisan Nasional.

Di bawah ini rakaman video dipetik dari Buletin Utama TV3 yang melaporkan berita tersebut, silakan dengar sendiri.



Jika hakim sendiri sudah mengesahkan bahawa Datuk Sivaraj dan MB Pahang terlibat merasuah pengundi dalam PRU14 yang lalu, secara tak langsung kita faham selepas ini SPRM juga akan bertindak menangkapnya.

Keputusan mahkamah ini boleh dijadikan hujah kuat bahawa mereka iaitu Sivaraj dan MB Pahang telah melakukan rasuah dan wajib dihukum.

***
Umno sibuk nak jatuhkan MB Perak (Negeri Pakatan Harapan), rupa-rupanya hayat MB Pahang (Negeri Barisan Nasional) yang dah nak sampai penghujung.
Sumber asal: Hakim sahkan MB Pahang terlibat rasuah pengundi

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment