Kali ini wajah lelaki yang Tun Mahathir gelar sebagai "penyangak" duit rakyat bersama-sama Najib Razak itu dipilih sebagai maskot untuk mengajak orang ramai membeli dan berjoli sakan menjelang hari perayaan.

Antara ayat-ayat promosi menarik yang digunakan ialah "Spending like I stole it," (Berbelanja seperti bagaimana saya mencuri,").

Jelas di sini, jika Jho Low menjadi terkenal seluruh dunia kerana didakwa merompak duit rakyat Malaysia, para pengusaha perniagaan pula dilihat "merompak" populariti itu di dalam usaha mengaut keuntungan jualan sempena sambutan Krismas.
Jho Low atau nama sebenarnya Jho Taek Low, penyangak dalam pelarian paling dikehendaki negara, sehingga kini dipercayai masih gagal dibawa pulang ke Malaysia untuk dibicarakan kerana pelbagai faktor, antaranya dikatakan terdapat "sabotaj" dalam kerajaan sendiri yang menyalurkan maklumat kepada penyangak itu sebelum pihak berkuasa berjaya menyerbu tempat persembunyiannya di luar negara.
BACA — Sabotaj punca kerajaan gagal tangkap Jho Low
Sumber asal: Nama dan wajah 'Jho Low' jadi bahan promosi Krismas
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment