Senarai pemimpin Pakatan Harapan paling kaya

Posted by Kerah Lekung on Friday 23 November 2018

Senarai pemimpin Pakatan Harapan paling kaya. KERAJAAN Pakatan Harapan mewajibkan semua menteri-menteri, timbalan dan ahli parlimen, termasuk setiausaha politik untuk mengistiharkan harta menerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di dalam menunaikan salah satu manifesto pilihan raya gabungan itu.

istihar harta pemimpin ph

Di bawah ini senarai 10 pemimpin Pakatan Harapan paling kaya setakat yang telah mengisytiharkan harta mereka kepada SPRM.

1. Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Ko Ham dan isteri memiliki aset-aset bernilai RM75 juta.

2. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dan isteri memiliki aset-aset bernilai RM32 juta.

3. Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dan isteri, memiliki aset terkumpul bernilai RM23 juta.

4. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah bersama isteri dan anak-anak memiliki harta terkumpul sebanyak RM15.3 juta.

5. Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengistiharkan harta terkumpul bernilai RM14.3 juta.

6. Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye mengisytiharkan harta terkumpul sebanyak RM13.6 juta.

7. Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobin Singh Deo dan isteri mengisytiharkan harta terkumpul mereka bernilai RM11.5 juta

8. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaffar mengistiharkan asyik terkumpul sebanyak RM 11.3 juta.

9. Ahli Parlimen Jeli, Datuk Mustapha Mohamed dan isteri memiliki harta terkumpul sebanyak RM5 juta.

Senarai lanjut menyusul.
Sumber asal: Senarai pemimpin Pakatan Harapan paling kaya

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment