Surat arahan wajib beli 100 helai t-shirt tolak ICERD tersebar di media sosial

Posted by Kerah Lekung on Friday 23 November 2018

Surat arahan wajib beli 100 helai t-shirt tolak ICERD tersebar di media sosial. SEPUCUK surat berbentuk arahan tersebar di media sosial Facebook, Twitter dan aplikasi WhatsApp tentang arahan "Wajib beli" 100 helai T Shirt Himpunan Bantah ICERD.

Menurut surat dengan tandatangan Haji Abdul Halim Bin Omar, Setiausaha Perhubungan PAS Selangor itu, Lajnah Ekonomi PAS negeri Selangor telah mencetak baju t-shirt himpunan Perdana Rakyat Tolak ICERD versi PAS Selangor.

Surat Wajib beli t-shirt ICERD

Justeru, setiap kawasan diperuntukkan 100 helai t-shirt wajib beli. Surat itu juga meminta setiap kawasan untuk menentukan bilangan saiz yang dikehendaki dengan memberi maklumbalas sebelum 3 Disember 2018.

Harga setiap helai baju t-shirt berkenaan menurut surat itu ialah RM25.00 bagi saiz M-XL dan RM30.00 untuk saiz XXL-7XL

"Kegagalan mengemukakan bilangan unit setiap saiz maka pihak Lajnah Ekonomi yang akan mengagihkan mengikut perkiraan sendiri," tulis surat berkenaan.

MiLo SuaM tidak dapat mengesahkan sama ada benar surat berkenaan dikeluarkan oleh PAS Selangor secara bebas.

Pihak tertentu dilihat menyebarkan surat berkenaan sebagai kritikan kepada penganjur himpunan bantah ICERD yang masih tetap mahu meneruskan himpunan walaupun kerajaan Pakatan Harapan dilapor tidak akan meratifikasikan ICERD.

BACA — Mustahil kerajaan untuk laksanakan ICERD kata Tun Mahathir

***

"Kalau himpunan tak jadi, baju dah cetak banyak-banyak siapa nak beli?"
Sumber asal: Surat arahan wajib beli 100 helai t-shirt tolak ICERD tersebar di media sosial

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment