Edi Rejang, lelaki yang maki gadis 'promoter' arak, rakam video mohon maaf secara terbuka

Posted by Kerah Lekung on Wednesday, 21 November 2018

Edi Rejang, lelaki yang maki gadis 'promoter' arak, rakam video mohon maaf secara terbuka. LELAKI yang menjadi viral di laman sosial kerana merakam video menyerang dan memaki seorang gadis 'promoter' arak di Giant, dengan kata-kata kesat membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Video rakaman permohonan maaf itu disebarkan oleh pelbagai pihak di laman sosial Twitter dan Facebook.

Edi Rejang

Di bawah ini ucapan permohonan maaf darinya.

"Saya yang dikenali sebagai Edi Rejang, ingin membuat permohonan maaf secara terbuka, kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada 'promoter' perempuan tersebut."

"Saya akui kesalahan saya, dan amat menyesal atas tindakan saya terhadap 'promoter' tersebut, Saya berharap isu ini tidak dipanjangkan lagi oleh mana-mana pihak memandangkan saya telah bertemu dengan YB Lim Lip Eng, Ahli Parlimen DAP dan telah membuat permohonan maaf kepada pihaknya,"

"YB Lim juga mengatakan, akan membuat satu perjumpaan, dengan promoter perempuan tersebut secepat mungkin, sekian terima kasih,"

Di bawah ini pula video rakaman permohonan maaf yang dimaksudkan.



Semalam viral sebuah video merakam aksi Edi Rejang menyerang seorang gadis 'promoter' arak di Giant dengan kata-kata kesat.

Niatnya barangkali mahu mengecam gadis berkenaan tidak menjadi. Sebaliknya, tindakan menghantar video tersebut ke laman sosial hanya mengundang kecaman orang ramai terhadap dirinya sendiri.
Sumber asal: Edi Rejang, lelaki yang maki gadis 'promoter' arak, rakam video mohon maaf secara terbuka

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment