Gara-gara mulut celupar Aliff Shukri, Astro dapat amaran dari SKMM

Posted by Kerah Lekung on Friday, 16 November 2018

Gara-gara mulut celupar Aliff Shukri, Astro dapat amaran dari SKMM. SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dilapor mengeluarkan amaran kepada syarikat penyiaran Astro berhubung promosi produk oleh Aliff Shukri yang mengejek kulit dan raut wajah orang pada program konsert Gegar Vaganza 5 yang disiarkan melalui saluran Astro Ria baru-baru ini.

Sebagai maklum balas berhubung perkara itu, SKMM berkata, satu siasatan telah dijalankan susulan terdapat aduan awam berhubung kejadian terbabit.

Dalam satu insiden, pengacara Datuk Seri Aliff Syukri membuat satu gimik promosi berkata dengan celuparnya bahawa dia mahu "memilih perempuan hodoh dalam konsert ini," tindakan itu menerima reaksi hambar penonton, dan mengejutkan pengacara serta selebriti lain yang turut hadir.

Aliff Shukri

Aliff Shukri kemudian memilih salah seorang wanita di kalangan penonton, sambil menyebut muka wanita itu kelihatan "seperti bomoh,".

Aliff terus berleter panjang tentang produk di tangannya, sambil melumurkan produk berkenaan ke wajah wanita itu yang kelihatan terperanjat dan tidak selesa.

Aliff juga dilaporkan turut mengeluarkan "lawak berunsur rasis" apabila mengaitkan warna kulit penyanyi Santesh dalam jenakanya.

SKMM telah memanggil Astro pada 7 November bagi mendapatkan penjelasan butiran insiden itu serta tindakan pencegahan dan pembetulan yang patut diambil.

Pihak SKMM memandang serius perkara tersebut dan telah mengeluarkan amaran kepada Astro untuk memastikan insiden seperti ini tidak berulang.

Astro selaku pemegang lesen pembekal Perkhidmatan Aplikasi Kandungan Individu (CASP-i) adalah tertakluk kepada pematuhan syarat lesen khas dan kod kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Sumber — skmm.gov.my
Sumber asal: Gara-gara mulut celupar Aliff Shukri, Astro dapat amaran dari SKMM

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment