MBSA mula turunkan papan tanda jalan tulisan cina

Posted by Kerah Lekung on Tuesday 20 November 2018

MBSA mula turunkan papan tanda jalan tulisan cina. MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini dilapor memulakan kerja-kerja bagi menurunkan papan tanda nama jalan yang ditulis dalam bahasa Mandarin (cina) selepas ditegur oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Papan Tanda Tulisan Cina

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, MBSA memberitahu bawa kerja kerja berperingkat itu dijangka akan selesai dalam masa terdekat.

"MBSA menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor agar papan tanda jalan mempunyai tulisan cina digantikan dengan papan tanda jalan yang memaparkan bahasa Melayu sahaja," kata Shahrin Ahmad, pegawai perhubungan awamnya MBSA.

Sultan Selangor dilapor menitahkan semua papan tanda jalan di Shah Alam yang memaparkan tulisan Cina ditanggalkan dan diganti dengan Bahasa Melayu sahaja, sebelum 11 Disember 2018 ini sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda Yang ke-73.

Setiausaha politik Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah berkata, kerajaan negeri akan menyemak semula semua papan tanda nama jalan di seluruh negeri supaya mematuhi garis panduan yang ditetapkan sebelum ini.

"Kita sedang semak di kawasan Subang Jaya dan Petaling Jaya setakat ini," katanya, lapor The Malaysian Insight.

Difahamkan isu papan tanda nama jalan ini timbul selepas seorang penduduk Shah Alam mempersoalkan di media sosial kewajaran untuk memasangnya dengan tulisan Mandarin.

MBSA sebelum ini telah memberi penjelasan berhubung perkara berkenaan. Katanya langkah itu dibuat hasil keputusan jawatankuasa tetap kerajaan tempatan Negeri Selangor pada 13 Januari 2017.

Mesyuarat tersebut memutuskan agar papan tanda jalan di Selangor menggunakan dua bahasa mengikut kesesuaian penduduk di kawasan berkenaan.

Selain tulisan rumi, nama jalan di kawasan kampung tradisi Melayu menggunakan tulisan jawi manakala kawasan kampung baru menggunakan tulisan bahasa Cina.
Sumber asal: MBSA mula turunkan papan tanda jalan tulisan cina

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment