Penyokong PAS kena kecam 'pijak' kalimah Allah

Posted by Kerah Lekung on Sunday 18 November 2018

Penyokong PAS kena kecam 'pijak' kalimah Allah. SEKEPING gambar menjadi viral di media sosial Facebook dan Twitter, memaparkan salah seorang penyokong PAS berdiri di atas pagar sebuah masjid sambil dikatakan "memijak" kalimah Allah yang tertulis pada pagar berkenaan.



Penyokong yang dimaksudkan itu memakai kopiah putih, baju berwarna hijau sambil mengibarkan bendera PAS di atas pagar masjid di atas tulisan kalimah "bismillah" yang mengandungi nama Allah.

Kedudukan penyokong PAS itu juga dilihat berdiri tepat di atas kalimah Allah.



Secara logiknya mungkin penyokong PAS tak perasan ada tulisan kalimah Allah di bawah "kangkangnya" ketika berdiri di situ.

Namun tindakan itu menunjukkan dia tidak sensitif dengan keberadaan kalimah Allah yang lazim kita lihat di pagar-pagar masjid seluruh negara.

Mungkin juga, dia "buta huruf" tidak pandai membaca tulisan jawi atau membaca Al-quran, kerana ramai rakan-rakan aku yang menyokong PAS sehingga ke hari ini tidak pandai membaca tulisan jawi dan Al-Quran.

Jika inilah keadaannya, maka kejahilan itu patut dimaafkan. Tidak adil kita hukum orang jahil.
Sumber asal: Penyokong PAS kena kecam 'pijak' kalimah Allah

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment