Kerajaan PH umum secara rasmi tak akan ratifikasi ICERD

Posted by Kerah Lekung on Friday, 23 November 2018

Kerajaan PH umum secara rasmi tak akan ratifikasi ICERD. KERAJAAN Pakatan Harapan Hari ini mengumumkan secara rasmi tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).



Kenyataan akhbar rasmi untuk siaran segera itu turut disiarkan melalui Twitter rasmi milik Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir @chedetofficial.

"Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (International Convention On The Elimination of Racial Discrimination — ICERD)."




"Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini." tulis kenyataan itu yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri bertarikh 23 November 2018.


Sumber asal: Kerajaan PH umum secara rasmi tak akan ratifikasi ICERD

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment