Najib mengaku kena tipu dengan Jho Low pulak. JIKA sebelum ini, dalam tahun 2015, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata bahawa penjenayah paling dikehendaki negara, Jho Taek Low atau lebih dikenali sebagai "Jho Low" tidak ada kaitan dengan syarikat pelaburan negara, 1MDB.
"Encik Low Thaek Jho tidak pernah bekerja di 1MDB dan semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB," kata Najib di dalam satu jawapan bertulis menjawab soalan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong lapor AstroAwani sebelum ini.
Namun hari ini dalam temu ramah bersama Sinar Harian, suami kepada Datin Rosmah Mansor itu mengakui kena tipu dengan Jho Low berhubung kehilangan wang 1MDB
Jadi pengakuan ini sekaligus menimbulkan persoalan bagaimana Jho Low yang kini sedang dalam pelarian di luar negara, seorang yang dikata sebelum ini tiada kaitan dengan 1MDB boleh menyeleweng dana 1MDB malah perkara itu diakui sendiri oleh Najib sebentar tadi?
Kebenaran itu "jalan yang lurus" manakala pembohongan pula adalah "jalan bengkang bengkok dan berliku" silap hari bulan terlanggar tiang atau terhumban masuk ke dalam gaung.
Mungkin faktor umur punca kebolehan otak Najib untuk menipu semakin merosot?
BACA — Kajian dapati, Orang tua lebih sukar menipu berbanding orang muda
Sumber asal: Najib mengaku kena tipu dengan Jho Low pulak
Home » ReJaM© » Najib mengaku kena tipu dengan Jho Low pulak
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment