Samseng cedera dedah 'dalang' yang arahkan dia serang Kuil Seafield

Posted by Kerah Lekung on Thursday 29 November 2018

Samseng cedera dedah 'dalang' yang arahkan dia serang Kuil Seafield. SELEPAS letih dan mengalami kecederaan akibat bertempur, salah seorang samseng terbabit mendedahkan nama 'dalang' yang arahkan dia dan kumpulannya menyerang Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield USJ25.

samseng kuil seafield

Lelaki dalam rakaman video yang tersebar di media sosial Twitter dan Facebook itu dilihat terbaring dan dikerumuni oleh beberapa individu.

Ditahamkan tangannya telah mengalami luka yang agak teruk.

Apabila ditanya siapa yang mengarahkan dia menyerang kuil berkenaan, dia mengaku dia tak tahu apa-apa, datang cuma untuk berentap je.

"Saya tak tahu apa-apa, saya fight je," katanya.

Salah seorang lelaki India (dengar dari slang percakapan) dalam video itu sempat memarahi samseng berkenaan.

"Bawa parang masuk dalam kuil, ini worang otak tak adalah, cari makan pun ada banyak kerja boleh buatlah," kata pakcik India itu.

Dalam pada itu samseng ni apabila ditanya, siapa yang arah, dia ada menyebut nama "Hanifah," sebutan tu tak berapa jelas. Cuba kau orang dengar sendiri video rakaman di bawah ni.


Sumber asal: Samseng cedera dedah 'dalang' yang arahkan dia serang Kuil Seafield

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment