1MDB bukan persepsi, bukan fitnah kata Khairy Jamaluddin. MANTAN Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menegaskan kepada para penyokong Najib, bahawa 1MDB bukan persepsi dan bukan fitnah, sebaliknya ia adalah kebenaran.
Beliau berkata demikian dalam satu video rakaman temubual bersama Utusan Malaysia.
Khairy turut mempersoalkan mengapa sampai ke hari ini masih ada lagi para penyokong Najib yang mahu mempertahankan perkara itu.
"Untuk apa nak pertahan benda ni? Cakap sajalah, ini adalah kebenaran, 1MDB adalah kes yang bukan persepsi, bukan fitnah, dia memang kes, dah terbukti di Amerika Syarikat," tegasnya.
Beliau turut menggesa ahli-ahli Umno mengakui tentang skandal 1MDB, jika tidak katanya sukar untuk parti itu bangkit kembali.
"Apa lagi nak cover (tutup)? Mengaku jelah, mengaku je. So bagi saya selagi kita tak selesaikan isu ni, susah untuk Barisan Nasional dan UMNO bangkit kembali,"
"Isu ini akan hidup dua tiga tahun lagi, selagi tak selesai kes di mahkamah, dia akan hidup kes ni, setiap kali ada perbicaraan, isu ini akan dimainkan semula, 1MDB, berapa banyak dirompak, berapa banyak diambil dan sebagainya," katanya.
Khairy turut mempersendakan insiden bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninggalkan studio ketika ditemubual oleh wartawan Al-Jazeera sebelum ini.
"Macam Al-Jazeera, dia (Najib) nak cakap pasal ekonomi, orang tak nak dengar dia cakap pasal ekonomi,"
"If you want me to talk about economy I'll talk, nobody want to hear you (Najib) talk about economy," katanya.
Di bawah ini sedutan rakaman temubual tersebut, sila klik button 'play' untuk menonton video.
Sumber asal: 1MDB bukan persepsi, bukan fitnah kata Khairy Jamaluddin
Home » ReJaM© » 1MDB bukan persepsi, bukan fitnah kata Khairy Jamaluddin
1MDB bukan persepsi, bukan fitnah kata Khairy Jamaluddin
Posted by Kerah Lekung on Tuesday, 20 November 2018
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment