Menjawab pertuduhan itu, Datin Rosmah meminta dirinya dibicarakan terhadap kedua-dua pertuduhan rasuah di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Hakim Mahkamah Seksyen Azman Ahmad membenarkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dan seorang penjamin pada hari Khamis (15 Nov).

Mahkamah turut membenarkan Rosmah untuk membayar dua kali wang jaminan, yang mana RM500,000 perlu dijelaskan hari ini manakala bakinya perlu dibayar dalam masa 7 hari.
Mahkamah hari ini menyaksikan kemunculan Datin Seri Rosmah Mansor sekali lagi untuk menghadapi pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 billion untuk sekolah-sekolah di pedalaman Sarawak.
Projek itu mula menarik perhatian apabila laman pembocor maklumat Sarawak Report pada bulan Jun mendedahkan kontrak berkenaan telah dianugerahkan kepada Jepak Holding Sdn Bhd melalui arahan "terus" oleh suaminya bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pembantu Datin Rosmah, Datuk Rizal Mansor 44, turut dituduh bersama dalam kes rasuah berkenaan.
Sumber — The Star
Sumber asal: Rosmah dituduh minta rasuah RM187.5 juta melalui pembantunya Rizal Mansor
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment