Anak tetak ayah usia 90 tahun, kerana tak dapat pinjam motorsikal

Posted by Kerah Lekung on Friday, 16 November 2018

Anak tetak ayah usia 90 tahun, kerana tak dapat pinjam motorsikal. GARA-GARA tak dapat pinjam motosikal daripada ayahnya, seorang anak berusia 38 tahun tergamak menetak ayahnya yang sudah tua berusia 90 tahun menggunakan sebilah parang.

Kejadian dilaporkan berlaku di Kampung Tersusun Bukit Chawi, Kampung Gajah Perak, hujung minggu lalu.

Suspek telah ditahan polis pada hari Ahad sehari kemudian, di sebuah kawasan sekitar kampungnya.

Mangsa dibawa ke klinik Ulu Dedap, Seberang Perak untuk mendapatkan rawatan. Ayah malang itu menerima 12 jahitan di kepala dan tapak tangan selepas ditetak.

Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohamad Zainal Abdullah, suspek merupakan seorang penganggur.

Siasatan pihak polis mendapati, suspek terlibat dengan penagihan dadah dan kecewa apabila dilarang menunggang motosikal oleh ayahnya.

Melalui ujian air kencing, pihak polis mendapati suspek yang telah menjadi penagih dadah sejak berusia 20 tahun itu positif dadah jenis Methaphetamine.

Methaphetamine
Dadah membawa padah

Menurutnya lagi, tiada saksi yang melihat kejadian tersebut dan suspek akan dituduh di mahkamah Batu Gajah di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, semasa kejadian berlaku pertengkaran sebelum suspek berlari ke dalam biliknya untuk mengambil sebilah parang dan menetak ayahnya sehingga berlumuran darah.

Suspek kemudian melarikan diri menaiki motorsikal milik mangsa.
Sumber asal: Anak tetak ayah usia 90 tahun, kerana tak dapat pinjam motorsikal

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment